Followers

Monday, October 11, 2010

Apa yang diimpi telah ditemui.....

Syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan merasa ramadhan serta syawal bersama keluarga yang dicintai... tidak disangka tahun ini dapat menambah keluarga baru serta kerja kebajikan yang mendatangkan banyak manfaat untuk lebih berjaya insyallah...
Hati ini Allah sahaja yang tahu gembira, terharu..

Sebelum ini bekerja mengikut waktu pejabat yang meletihkan stress serta agak tidak berpeluang untuk kecapi apa yang aku mampu buat untuk menolong wanita-wanita diluar sana.. Aku memahami naluri seorang wanita yang agak janggal untuk menonjolkan diri untuk bertanyakan sesuatu mengenai *kecantikan itu.. pada awal tahun 2010 aku telah temui seorang Beauty Consultant yang aku tidak sangka-sangka telah merubah diriku menjadi wanita yang lebih positif, tabah serta cantik & sihat..

Dya memang mencari makeup untuk dijadikan koleksi sekirannya ada jemputan pada bila-bila masa sahaja..
Dipendekkan cerita,, Selepas dya mencuba Skin Care produk & Makeup dari Mary Kay yang xakan ditemui di pasaraya serta dimana-mana kerana produk kami dari US ke Kementerian Kesihatan terus ke Beauty Consultant..

Kandungan produk kami:

KULIT KERING

FORMULA 1- Di dalam F1 kandungannya terdiri dari bunga raya, faedah bunga raya ni adalah kerana adanya antioksidan dan antiperadangannya untuk melegakan rasa ketat dan kemerahan. Ini akan menjadikan kulit tidak mengering lagi.

Set ini mengandungi Cleanser F1, Mask F1, Freshner F1, Moist F1.

KULIT NORMAL

FORMULA 2- Di dalam F2 terdapat ekstrak putih pokok bic, dimana penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Set ini terdiri dari Cleanser F2, Freshner F2, Mask F2, Moist F2.

KULIT BERMINYAK

FORMULA 3- Untuk kulit berminyak, witch hazel ditambah ke dalam semua produk F3 untuk mengawal penghasilan minyak yang berlebihan. Ini menjadikan kulit kita sentiasa sihat dan segar.

Set ini terdiri dari Cleanser F3, Freshner F3, Mask F3, Moist F3.




Kenapa tiada dipasaran??
Memang teruja dapat jawab semua persoalan,, seperti biasa jika kita memerlukan skin care produk contoh pencuci muka.. kita terus ke kuanter & bayar kadang kala promoter yang kita tanya pun tidak berapa tahu mengenai asal usul syarikat, kandungan produk, tugas mereka hanyalah menjual...
Di MaryKay kami telah diberi latihan dari asal usul syarikat, produk & banyak lagi..
Kami lebih pentingkan masalah setiap wanita & akan memberikan khidmat nasihat serta memberi peluang kepada kesemua wanita bertanyakan serta merasai produk skin care kami mengikut jenis kulit.


Dya sangat-sangat teruja & telah temui keluarga baru iaitu Mary Kay,, bila melihat kesemua beauty consultant Mary Kay sangat-sangat baik hati serta teruja bila berjumpa antara satu sama lain.. Gembira bila dapat berkumpul dengan kesemua wanita-wanita yang cantik serta berjaya!! Kami selalu berkumpul untuk menolong antara satu sama lain serta menolong wanita diluar sana yang masih dalam dilema serta mencari khidmat nasihat kami dalam penjagaan wajah yang betul secara percuma.. Kami juga mencari-cari wanita yang sangat menawan hati untuk menolong antara satu sama lain serta mencari kepuasan serta kelainan dalam kumpulan wanita.. Selain menolong wanita Mary Kay juga telah menolong kami untuk lebih sucsess insyallah..

Untuk mengetahui produk reserch
http://www.marykay.com.my/productresearchanddevelopment.aspx



Untuk mendengar khidmat nasihat, mengetahui jenis kulit anda lebih lanjut & mencuba produk yang lebih sesuai dengan masalah kulit anda sekarang secara PERCUMA..
Sila INBOX/ SMS Pn. Dya di 017-2490 231

Resepi untuk Baby...

Alhamdulillah,,pejam celik baby hilman dah makin membesar.. Gembira dihati xterkata bila melihat depan mata sendiri anak membesar..
Semakin hari hilman semakin bijak & pandai.. Suka tengok perkembangan dia dari masa ke semasa.. Ragamnya buat hati xtertanggung rindu bila ada kerja yang terpaksa dilakukan.. Hilman anak yang dengar kata, manja macam mummy dia jugak.... Suka sangat dipeluk bila dia boring dia cari mangsa untuk diajak bergurau.. Insyallah nak bawa hilman untuk pergi berkelah & mandi-manda sebab hilman suka sangat main air... Dia suka berendam lama-lama dalam tab mandi dia... Kalau hilman mandi dengan daddy,, daddy suka tadah air bagi tab mandi hilman sampai penuh.. hilman suka sangat-sangat.. nnti mummy belikan pelampung untuk hilman belajar berenang plak ok.... Ok mummy nak kongsi resepi yang mummy dapat dari blog kawan mummy & dalam internet nie..
nanti kawan-kawan mummy boleh masak sedap-sedap untu baby diaorang pulak...
nurse cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu, kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan mummy yang masak, semoga diberkati makanan tu, untuk
pembesaran anak jugakan....




Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.




Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



Mummy hilman suka mencuba resepi baru. Hilman pulak memang suka makan... Mummy suka tengok!!Ibu-ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehlah kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, August 24, 2010

Yang Tak Bisa Diungkapkan oleh Ayah..




Malam tadi xterlintas pun nak berbuka dengan ayah.
Tapi hati terpanggil nak berbuka bersama-sama.. walau dah dekat 2 minggu kita berpuasa aku masih belum berbuka dengan ayah.
Aku tau,, ayah mencari rezeki untuk umie & adik-adikku..
Harta ayah adalah keluarganya sekarang,, bukan kereta bukan wang ringgit semata-mata.
Ayah,, kaklong rindukan ayah.. Kenapa kaklong boleh lupa nak bersama ayah??
Kaklong rindu dengan ayah...walau kita dekat tapi kaklong rasa jauhh sangat-sangat dengan ayah.

Kaklong tau ayah penat membanting tulang mencari rezeki..
Ayah,, walau kaklong tak dapat belajar tinggi tapi kaklong nak ayah & umie nampak kejayaan kaklong lepas nie..
Kaklong xkisah kalau kaklong terpaksa korbankan masa untuk tolong ayah suatu hari nanti.
Alhamdulilah berkat doa umie & ayah kaklong sangat-sangat bahagia bersama suami kaklong sekarang.

Kaklong tau umie dengan ayah xcukup bermesra dengan kaklongkan?? Kaklong pun tak kisah kalau umie dengan ayah kutuk-kutuk kaklong nie macam-macam.
Kaklong rindu saat-saat lampau kita sekeluarga keluar bersama, makan bersama, kutuk mengutuk bersama, ketawa terbahak-bahak dengan lawak gila-gila ayah tue.
Kaklong tau ayahlah ayah yang palaing sempoi,, cool..
kaklong bangga dapat jadi anak ayah sebab ayah unik~

Ingat lagi ayah pernah marah umie sebab pukul kaklong & adik-adik dulu..
Ayah pesan ayah xnak pukul anak sebab ayah takut kena tangkap... Ayah memang sempoi!! malam tadi umie bagitau dengan ayah kaklong berbuka dekat rumah...
Ayah pesan ayah nak balik kerja nak berbuka dengan kaklong sekeluarga.. kaklong terharu ayah,, ayah xlupakan kaklong walau ayah letih & penat bekerja.. dari kaklong kecik sampai sekarang ayah masih bawa lori panjang..

Dulu kaklong suka ikut ayah pergi kerja.. masa tue ingat lagi kita masih tinggal kat johor..
Ayah balik seminggu sekali. semua seronok bila ayah ajak ikut kerja dapat naik lori. lori ayah luas,, besar,, panjang,, xmacam lori orang lain...walau ayah cute,, ayah rilex jee sebab kaklong tau
ayah terer gile bawak lorikan??
Ayah,, kaklong minta maaf kalau kaklong xdapat jumpa ayah. Tapi semalam kaklong tau ayah gembira sangat-sangat dapat jumpa kaklong cucu ayah Hilman & Abang.
Kaklong tau ayah akan gembira bila kaklong bahagia..

Tapi ayah akan marah sangat-sangat kalau orang buat kaklong sedih..
Lagi-lagi kalau abang Ahmad Ernerazian.
Kaklong tau,, ayah sayang kaklong...
Walau ayah xpandai nak manjakan anak-anak tapi dulu setiap kali gaji lebih ayah mesti belikan kaklong & adik-adik macam-macam...
Umie selalu marah-marah sebab manjakan kami.
Ayah memang macam tue. kalau ada duit lebih dia akan habiskan duit untuk anak-anak.. kaklong tau ayah xada harta, ayah xkaya macam ayah orang lain..tapi ayah sayangkan keluarga dia...
Ayah,, masa harijadi kaklong tahun nie,, ayah belikan kaklong kerongsang murah je yang kat macam kat MYDIN tue,, tapi kakalong terima je ntah xtau berapa nilainya tapi amat bermakna bagi kaklong..

Ayah tambah lagi bagi nampak ayahlah bagi hadiah yang paling banyak. Kesian ayah tak ada duit tapi ayah belikan jugak haidah untuk kakalong.
Ayah tambah belikan kaklong jajan milo nugget, cadbury honey & coklat music tue..
Semuanya coklat,, ayah tau coklat memang favourite kaklong...
Terima kasih ayah,, itu hadiah yang paling berharga sebenarnya..ayah memang lain dari yang lain......kaklong memang xmintak lebih dari tue,, kaklong beyukur sebb kaklong bahagia sekarang dengan pilihan ayah..



Friday, August 13, 2010

Bijaksana.....

Sahabat Hikmah...

Yang INDAH hanya SEMENTARA,
Yang ABADI adalah KENANGAN,
Yang IKHLAS hanya dari HATI,
Yang TULUS hanya dari SANUBARI,
Tidak mudah mencari yang HILANG,
Tidak mudah mengejar IMPIAN,
Namun lebih susah mempertahankan yang ADA,
Walaupun tergenggam bisa terlepas juga.


Ingatlah pada pepatah,

"Jika kamu TIDAK MEMILIKI apa yang kamu SUKAI,
maka SUKAILAH apa yang kamu MILIKI saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif...


Hidup bagaikan MIMPI…
Seindah apapun,
Begitu terbangun semuanya SIRNA tak berbekas.

Rumah mewah bagai istana,
Harta benda yang tak terhitung,
Kedudukan dan jabatan yg luar biasa, namun...
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi,
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki.

Apalagi yang mau diperebutkan ?
Apalagi yang mau disombongkan ?
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani.

Jangan terlalu perhitungan…
Jangan hanya mau menang sendiri…
Jangan suka menyakiti sesama …
Apalagi terhadap mereka yang berjasa dalam hidup kita ini…
Belajarlah mengasihi setiap hari…
Selalu berlapang dada dan mengalah,


Hidup ceria,
Bebas leluasa...
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan... .
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan…
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus....


Semoga renungan ini bisa menjadi motivasi…
Untuk kita menjadi manusia yang lebih baik dan bahagia bersama......

Harga Diri Manusia...

Sahabat Hikmah.......

Setiap orang mempunyai harga diri yang menggambarkan nilai seseorang...
Dan setiap orang menilai dirinya sesuai dengan pemahamannya tentang HARGA buat DIRINYA...
Ada yang harga dirinya disandarkan dengan keturunan, rupa, ilmu, harta, tahta atau kedudukan....

Lalu harga diri seseorang dilihat oleh Allah dari apanya...?
Ilmunya...? Hartanya...? Umurnya...? Pengalaman perjalanannya...?


Meskipun tahu segala ilmu...
kita tetap saja BODOH selama belum mengenal Yang Maha Mengetahui.

Meskipun memiliki harta sepenuh bumi...
kita tetap saja MISKIN selama hati belum merasa kaya dengan Yang Maha Memiliki.

Meski rambut sudah memutih...
kita tetap ANAK-ANAK selama kita belum dewasa menyikapi kehidupan..

Meski sudah berhasil mendatangi berbagai tempat di penjuru dunia...
kita sebenarnya BELUM PERGI KEMANA-MANA kalau ruhaniah kita belum bisa mendatangi hadirat suci Allah Ta’ala.


Dan yang menentukan harga diri kita di hadapan Allah adalah HATI kita,
Dari sekian banyak alasan mengapa kita harus memperhatikan kehidupan HATI dan JIWA ini, di antaranya, yaitu:

1. KUALITAS HATI menentukan KESELAMATAN di akhirat


" Hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan HATI YANG SELAMAT” (QS. 26:88-89)

Hari ini, harta dan anak sangat besar pengaruhnya.
Dengan harta orang bisa melakukan apa saja, karena itu tidak sedikit orang yang mau melakukan apa saja demi mendapatkan harta. Anak adalah investasi bagi orang tua. Tetapi, semua itu tidak langgeng.
Kematian akan membuat kita meninggalkan apa pun yang kita miliki dan apa pun yang kita cintai. Keselamatan kita tergantung apa yang selama ini kita himpun dan simpan dalam perbendaharaan HATI...

HATI yang SELAMAT adalah yang terbebas dari SYIRIK dan bersih dari sifat-sifat tercela...


2. KUALITAS HATI adalah HARGA seseorang di hadapan Allah swt

Seekor sapi ditakar harganya dengan berat dagingnya.
Seekor perkutut dapat mengalahkan harga sapi bukan karena beratnya daging tetapi karena keindahan suara.
Sebutir merah delima yang hanya beberapa gram saja dapat melampau harga sapi dan perkutut karena keindahan warnanya.

Berapa harga kita di hadapan Allah?
Daging dan tulang tubuh kita akan habis dimakan tanah.
Harta akan kita tinggalkan atau meninggalkan kita.
Semua yang SIRNA tidak dapat dijadikan takaran bagi yang sesuatu ABADI.
Kita tidak ditakar dari kegantengan, kecantikan dan kekayaan, kita ditakar dari keadaan HATI dan AMAL-AMAL kita.

Sabda Nabi saw:
“ Sesungguhnya Allah TIDAK MELIHAT RUPA dan HARTA kalian, tetapi Ia MELIHAT HATI dan AMAL kalian.” (HR.Muslim dari Abu Hurairah ra)

Tidak ada seorang pun yang berselera membeli BANGKAI meskipun dengan harga rendah. Demikian juga dengan HATI yang MATI, tidak ada nilainya sama sekali dihadapan Allah Ta’ala.
Meskipun jasad hidup, kita tetap saja disebut MAYAT selama HATI tidak DAWAM (KONTINYU) MENGINGAT Allah. Bersabda Nabi saw:

“ Perumpamaan orang yang INGAT pada Tuhannya dan yang TIDAK INGAT pada Tuhannya seperti perumpamaan orang HIDUP dan orang MATI.” (HR. Bukhari dari Abu Musa ra)


3. HATI yang BERSIH dapat MEMBEDAKAN kebajikan (al-birr) dan dosa (al-itsm)

Setiap orang memiliki CERMIN DI DALAM DIRI.
Itulah HATI NURANI.
PERKATAAN hati nurani adalah KEJUJURAN.
ANJURANNYA adalah KEBAIKAN.
KECENDERUNGANNYA adalah pada KEBENARAN.
SIFATNYA adalah KASIH SAYANG.
Ia akan TENAG bila kita berbuat BAIK dan GELISAH bila kita berbuat DOSA.
Bila ia BERSIH dan SEHAT maka ia akan menjadi JURU BICARA Tuhan di dalam diri kita.
Bila ia BENING dan BERKILAT maka ia akan MENANGKAP wajah Tuhan.

Hanya sayangnya kita sering MENCAMPAKKAN nurani kita sendiri bahkan MEMBUNUHNYA dengan perilaku-perilaku kita.

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Wabishah ra datang dengan menyimpan pertanyaan di dalam hatinya tentang bagaimanakah cara membedakan antara kebajikan dan dosa. Sebelum Wabishah bertanya, cermin hati Nabi saw telah menangkap isi hatinya.

" Wahai Wabishah, mau aku jawab langsung atau engkau utarakan pertanyaanmu terlebih dahulu?"
Wabishah menjawab," Jawab langsung saja, wahai Rasulullah."

Beliau bersabda," Engkau datang untuk bertanya bagaimana membedakan antara kebajikan dan dosa."
Wabishah berkata," Benar."

Beliau saw merapatkan jari-jarinya dan menempelkannya pada dada Wabishah, seraya bersabda,
“ Mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU, mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU, wahai Wabishah.
Sesuatu itu adalah KEBAIKAN bila ia membuat HATI TENTERAM, membuat JIWA TENTERAM, sedangkan DOSA membuat KEGELISAHAN dalam HATI dan KEGONCANGAN dalam DADA.(Mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU), meskipun orang-orang telah memberikan pendapat mereka kepadamu tentang hal itu.” ( HR.al-Darimi dari Wabishah ra )

Demikian, semoga kita dapat memlihara hati kita agar bisa mengarungi kehidupan dengan selamat dan selamat mengahadap Allah swt.

Wassalam

Salam Ramadhan..

wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri

wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati

wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali

buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi


apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi

kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berdzikir dan beramal

menjaga puasamu agar bernilai

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu... berdo'a kepada Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"inna shalaatii wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lilslahi rabbil'aalamiin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelianalam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kausyairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih...bertilawah...bertahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih..

"sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

oleh karena itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MUini


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zhahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Malaikat Maut

di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...palingberseri...

menerangi kegelapan hati-hati kami

menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sanananti

namun teman...


tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu...

hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir,

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....



Ustazah Siti Nur Bahyah Mahamood



Dari Abu Hurairah,Nabi saw telah bersabda yg bmaksud: "yg paling dikasihi oleh Allah SWT di antara kamu adalah mrk yg paling baik akhlaknya,yg merendahkan diri, yg suka & disukai oleh org lain. Orang yg paling dimurkai Allah adalah mrk yg pergi ke sana ke mari dgn membawa fitnah, yang mencerai-beraikan di antara sesama saudara dan mencaci org yg tidak bersalah akan kesalahannya."(HR:At-Tabrani)


Drpd Anas r.a. Nabi saw tlh bsabda yg bmaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan ksalahan & sebaik-baik org yg brbuat ksalahan adalah org yg btaubat & meminta ampun." (HR:At-Tirmizi & Al-Hakim). Moga kita semua mjadi org2 yg sentiasa btaubat kpd Allah krn Allah amat mncntai hamba2Nya yg btaubat kpdNya...

Saturday, July 10, 2010

Ilmu Yang Bermanfaat kita Kongsikan bersama...




Mencari kelainan dalam Penjagaan wajah & Berfesyen..



Motif/Tujuan-

-Mengetahui jenis kulit, mempelajari cara bertudung & pakaian yang sesuai..
-Memperkenalkan kepada suri rumah tangga, wanita bekerjaya atau pelajar khasnya untuk merebut peluang menjadi lebih yakin pada diri & berani dalam menempuh kehidupan bersama insyallah.

-Berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman, pendapat, masalah & sebagainya...
merapatkan silaturrahim..

-Menjadikan platform utama untuk berhubung dengan kaum hawa 1 MALAYSIA..

Objektif untuk:

-Wanita & Remaja.

Jika anda berminat atau ingin luahkan cadangan/pendapat/ masalah bolehlah menghantar email ke dyabeautycollection@yahoo.com.
atau
sms NAMA ANDA, TARIKH, TEMPAT, BILANGAN PESERTA.

*Bayaran bergantung pada tempat & bilangan peserta.
10 peserta ke atas RM10/seorang.

Sekian,,

Puan Nurhidayah Ash'ari [dya]
Senior Independent Beauty Consultant
013-6030 370@017-2490 231

Opss,, SORRY!
For female only..