Followers

Monday, October 11, 2010

Apa yang diimpi telah ditemui.....

Syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan merasa ramadhan serta syawal bersama keluarga yang dicintai... tidak disangka tahun ini dapat menambah keluarga baru serta kerja kebajikan yang mendatangkan banyak manfaat untuk lebih berjaya insyallah...
Hati ini Allah sahaja yang tahu gembira, terharu..

Sebelum ini bekerja mengikut waktu pejabat yang meletihkan stress serta agak tidak berpeluang untuk kecapi apa yang aku mampu buat untuk menolong wanita-wanita diluar sana.. Aku memahami naluri seorang wanita yang agak janggal untuk menonjolkan diri untuk bertanyakan sesuatu mengenai *kecantikan itu.. pada awal tahun 2010 aku telah temui seorang Beauty Consultant yang aku tidak sangka-sangka telah merubah diriku menjadi wanita yang lebih positif, tabah serta cantik & sihat..

Dya memang mencari makeup untuk dijadikan koleksi sekirannya ada jemputan pada bila-bila masa sahaja..
Dipendekkan cerita,, Selepas dya mencuba Skin Care produk & Makeup dari Mary Kay yang xakan ditemui di pasaraya serta dimana-mana kerana produk kami dari US ke Kementerian Kesihatan terus ke Beauty Consultant..

Kandungan produk kami:

KULIT KERING

FORMULA 1- Di dalam F1 kandungannya terdiri dari bunga raya, faedah bunga raya ni adalah kerana adanya antioksidan dan antiperadangannya untuk melegakan rasa ketat dan kemerahan. Ini akan menjadikan kulit tidak mengering lagi.

Set ini mengandungi Cleanser F1, Mask F1, Freshner F1, Moist F1.

KULIT NORMAL

FORMULA 2- Di dalam F2 terdapat ekstrak putih pokok bic, dimana penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Set ini terdiri dari Cleanser F2, Freshner F2, Mask F2, Moist F2.

KULIT BERMINYAK

FORMULA 3- Untuk kulit berminyak, witch hazel ditambah ke dalam semua produk F3 untuk mengawal penghasilan minyak yang berlebihan. Ini menjadikan kulit kita sentiasa sihat dan segar.

Set ini terdiri dari Cleanser F3, Freshner F3, Mask F3, Moist F3.




Kenapa tiada dipasaran??
Memang teruja dapat jawab semua persoalan,, seperti biasa jika kita memerlukan skin care produk contoh pencuci muka.. kita terus ke kuanter & bayar kadang kala promoter yang kita tanya pun tidak berapa tahu mengenai asal usul syarikat, kandungan produk, tugas mereka hanyalah menjual...
Di MaryKay kami telah diberi latihan dari asal usul syarikat, produk & banyak lagi..
Kami lebih pentingkan masalah setiap wanita & akan memberikan khidmat nasihat serta memberi peluang kepada kesemua wanita bertanyakan serta merasai produk skin care kami mengikut jenis kulit.


Dya sangat-sangat teruja & telah temui keluarga baru iaitu Mary Kay,, bila melihat kesemua beauty consultant Mary Kay sangat-sangat baik hati serta teruja bila berjumpa antara satu sama lain.. Gembira bila dapat berkumpul dengan kesemua wanita-wanita yang cantik serta berjaya!! Kami selalu berkumpul untuk menolong antara satu sama lain serta menolong wanita diluar sana yang masih dalam dilema serta mencari khidmat nasihat kami dalam penjagaan wajah yang betul secara percuma.. Kami juga mencari-cari wanita yang sangat menawan hati untuk menolong antara satu sama lain serta mencari kepuasan serta kelainan dalam kumpulan wanita.. Selain menolong wanita Mary Kay juga telah menolong kami untuk lebih sucsess insyallah..

Untuk mengetahui produk reserch
http://www.marykay.com.my/productresearchanddevelopment.aspx



Untuk mendengar khidmat nasihat, mengetahui jenis kulit anda lebih lanjut & mencuba produk yang lebih sesuai dengan masalah kulit anda sekarang secara PERCUMA..
Sila INBOX/ SMS Pn. Dya di 017-2490 231

Resepi untuk Baby...

Alhamdulillah,,pejam celik baby hilman dah makin membesar.. Gembira dihati xterkata bila melihat depan mata sendiri anak membesar..
Semakin hari hilman semakin bijak & pandai.. Suka tengok perkembangan dia dari masa ke semasa.. Ragamnya buat hati xtertanggung rindu bila ada kerja yang terpaksa dilakukan.. Hilman anak yang dengar kata, manja macam mummy dia jugak.... Suka sangat dipeluk bila dia boring dia cari mangsa untuk diajak bergurau.. Insyallah nak bawa hilman untuk pergi berkelah & mandi-manda sebab hilman suka sangat main air... Dia suka berendam lama-lama dalam tab mandi dia... Kalau hilman mandi dengan daddy,, daddy suka tadah air bagi tab mandi hilman sampai penuh.. hilman suka sangat-sangat.. nnti mummy belikan pelampung untuk hilman belajar berenang plak ok.... Ok mummy nak kongsi resepi yang mummy dapat dari blog kawan mummy & dalam internet nie..
nanti kawan-kawan mummy boleh masak sedap-sedap untu baby diaorang pulak...
nurse cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu, kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan mummy yang masak, semoga diberkati makanan tu, untuk
pembesaran anak jugakan....




Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.




Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



Mummy hilman suka mencuba resepi baru. Hilman pulak memang suka makan... Mummy suka tengok!!Ibu-ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehlah kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...