Followers

Thursday, December 15, 2011

Celcom Customer Services Workshop bersama Datin Sharifah Shawati & Dya Romantika Resources.



Salam Pagi buat semua pembaca hari ini kami akan update beberapa bengkel, kelas kecantikan untuk bulan ini.

Bertempat di Traders Hotel Kuala Lumpur berlangsungnya satu bengkel bersama Celcom Customer Services Workshop bersama Datin Sharifah Shawati & Dya Romantika Resources.
Pada hari Khamis yang lalu kami telah merima undangan dari pihak Adamaya untuk sekali lagi berganding bahu bersama menjayaan bengkel ini.
Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar amin..
Terima Kasih kepada semua beauty consultant saya yang baik hati membantu saya juga.
Tiada mereka siapalah saya..
Terima Kasih sekali lagi kepada beauty consultant semua Fadzliatun, Qaseh Jentayu & Exora Murni.





Hari kedua mengenai Imej, Penjagaan wajah & Solekan ke pejabat.















 Khusyuk abang kita banyak la tu nak di odder.. :)



 Mak buyung dapat makan best..


Kepada yang berminat untuk mengundang kami @ Adamaya Consultancy untuk bengkel sila hubungi kami.
Harga boleh dirunding..



Mengenali Personaliti Datuk Siti Nurhaliza..





Siapa yang tak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia..
Teruja bila dia muncul dengan imejnya yang tersendiri.
Personaliti beliau berciri Kewanitaan Romantik (Feminin Romantik).
Mereka di dalam kategori Berciri Kewanitaan dan Romantik ini akan mengenakan pakaina yang mempunyai elemen beropol-ropol tidak kira di mana mereka berada sama ada sewaktu bersantai, di majlis makan mahupun sewaktu bersukan.
 Misalnya, mereka akan mengenakan kemeja-T berbunga-bunga dengan skirt denim berwarna merah samar atau menggunakan anting-anting panjang ketika memakai sut.















 Kredit to Rizman Ruzaini


  Kredit to Rizman Ruzaini

Go google


  Kredit to Rizman Ruzaini

 Simple but nice
 Go Google

Go Google



Apakah personaliti anda??



Monday, December 12, 2011

Grooming Class 2012




Grooming class-personality, colour, advance makeup, photoshoot 
RM180/ person only.
NORMAL PRICE RM500
..
*FREE FACIAL TREATMENT..

Need 10 persons only.
Pm me now ur name & contact no.

Fb: Dya Romantika
Email: dyaromantika@yahoo.com

REGISTER HERE!




Tuesday, November 29, 2011

BENGKEL PENAMPILAN DIRI & SOLEKAN IPTA/ IPTS: RM50 untuk 2 peserta..




Salam manis dari saya,,
Salam tahun baru diucapkan juga kepada semua kenalan moga tahun  baru ini memberikan seribu kemanisan kepada kita semua..

Tidak dilupakan kepada semua yang menanti program terbaru saya untuk tahun baru ini saya ingin menghadiahkan semua pelajar IPTA/ IPTS diluar sana untuk mempertingkatkan lagi ilmu dari segi penampilan, pemilihan warna, menyuai padan pakaian serta solekan.

Kepada pelajar-pelajar IPTA/  IPTS yang berminat,
boleh menghantarkan email ke
dyaromantika@yahoo.com untuk BOOKING DATE &pemilihan tarikh untuk program ini dari 1 December 2011-1 January 2012

Kami menerima 1 sesi untuk 20 orang sahaja.
(sila pilih senarai peserta dari kenalan anda yang berminat sahaja).
segala kelengkapan kami akan sediakan..

kami hanya memerlukan bilik tertutup, kerusi, meja serta projector..




Wednesday, November 23, 2011

Attention Makeup Artis Malaysia~





Kepada Makeup Artis diluar sana yang ingin mencuba produk makeup berkualiti , produk kecantikan wajah atau lain-lain sila ke laman web kami http://www.marykay.com.my,,
Ini kerana Produk Mary kay antara salah satu pilihan Makeup Artis Professional di uaar negara seperti:
  Top Application Tips from Mary Kay and Celebrity Makeup Artist Ashunta Sheriff.

 anda boleh membuat temujanji bersama saya untuk mencuba produk-produk terbaru kami secara percuma.




Day to Night Makeover
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Making a Smokey Eye and brighter



Hubungi Dya Romantika 013-6030 370
Cuba dulu baru beli baru puas hati..


Personal Grooming Class



1-Warna Diri 
-Anda kategori sejuk @ panas??
2-Solekan Asas
3-Solekan siang & malam
4-Kebersihan & tata rias.
5-Apakah yang dimaksudkan dengan imej? Mengapa imej itu penting?
-Mengenali personaliti
6-Pemilihan warna dari segi pemakaian. 
7-Penjagaan beg tangan, kasut & tudung . 
8-Ikatan tudung yang ringkas tetapi masih menawan & cantik dipandang. 
9-Kemahiran komunikasi 
10-Kelebihan diri



















Saturday, November 19, 2011

Kini Terbongkar: ProduK Merbahaya untuk wanita!!!

AMARAN..........................!!!!

Entry ini ialah mengenai serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.

Sebagai makluman kepada pembaca, entry insaya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.


Panduan:

HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik damerupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan hydroquinone

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menj eja skan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungudan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

kesan sampingan tretinoin

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produkini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.


Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.

Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.
Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.

Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.

Dan kali ini, dua produk dirampas:

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis kilang di Bandar Pinggiran Subang, satu lagi produk kecantikan wanita dirampas.


Jenamanya De'Putih. Begitu kemelayuan bunyinya.


Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.
Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.


Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.


Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini.
Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'.


De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalamrawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.
Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.


- Tertera logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina. Apakah jaminan pengeluar logo halal swasta itu, yang ia juga melakukan pemeriksaan di kilang di Filipina itu?

- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.


- Terdapat ayat melucukan -
 ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna .' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?. ..

- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.

- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...


- Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. 

Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.




Dua lagi produk ialah:
1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin
2 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin




 KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK YANG DIBATALKAN:
PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU


Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat pakar kecantikan secara percuma.

Tuesday, November 15, 2011

BLOGSHOP-Mengenali Personaliti Anda Untuk Diri Anda & Kerjaya Anda..




Jika anda ingin berjaya anda lihat diri anda siapakah anda yang sebenarnya,,
 dari sini kami dapat membantu anda untuk tampil lebih yakin bahawa anda adalah wanita yang berjaya.
Penampilan dititik beratkan adalah kerana apa yang anda bawa adalah imej anda sebenarnya.
Anda ibarat cermin diri anda. Adakah anda sedar?? Sebagai contoh anda seorang blogshop menjual tudung, baju @ apa sahaja aksesori mungkin tetapi anda tidak menyampaikan dengan cara yang betul dari segi penampilan warna yang sesuai @ suai padan baju serta tudung juga aksesori.
Anda menjual tetapi anda tidak tahu ilmu penampilan,, adakah ini adil bagi pengguna mengenai services anda?


Penampilan yang menarik bukanlah semata-mata 'fesyen' atau apa yang ditentuan oleh pereka fesyen yang sering menetapkan yang 'terkini' dan ''terbaru' tetapi ia lebih kepada fungsi dan rekaan.
Walau semahal mana dan seprestij mana pun baju dan beg tangan anda, ia tidak membawa apa-apa makna jika bau badan anda sudah cukup untuk membuat orang lari!
*Kebersihan diri adala harga diri seorang wanita.
Rahsia untuk menjadikan solekan anda kelihatan seperti disolek oleh juru sole professional adalah dengan paduan (blending) bahan solekan anda. Kita tidak lagi ingin kelihatan seperti muka yang bermekap atau seperti pelakon pentas sebaliknya kita mahukan wajah kita..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


-MENGENALI PERSONALITI ANDA-

-Klasik 'Tailored' (Tailored Classic)
-Santai dan semulajadi (Natural Sporty)
-Berciri Kewanitaan Romantik (Feminin Romantik)
-Busana Dramatik (High Dramatik)





-ANALISIS WARNA-
-Mengenali warna yang paling sesuai untuk anda akan menjimatkan wang.
-Anda kategori warna panas @ sejuk??

-KEBERSIHAN DIRI, SOLEKAN & TATA RIAS-
-Solekan Mengikut Keperibadian Individu.






*Display only





Anda lihat sebagai contoh Datuk Siti Nurhaliza dulu & sekarang. 
Personaliti beliau berciri Kewanitaan Romantik (Feminin Romantik).
Apakah personaliti anda??



NEED 30 FACES FOR BEAUTY MAKEOVER




-Terbuka untuk semua.
-Hanya bawa diri.
-Makeover ini adalah PERCUMA!

Mencari 30 FACES FOR BEAUTY MAKEOVER
TARIKH: 20 NOVEMBER 2011 [AHAD]
MASA: 10am-1pm
TEMPAT: LEVEL 3, BUSSINESS PARK SEKSYEN 13, SHAH ALAM.[ATAS AMBANK]

JIKA BERMINAT CALL TERUS SEKARANG SEBELUM JUMAAT MALAM 18 NOVEMBER 2011 UNTUK TEMPAT ANDA 013-6030 370.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

*HANYA UNTUK 30 TEMPAT SAHAJA.

Sunday, November 13, 2011

CHALLENGE: 30 FACES BEAUTY MAKEOVER~

Kepada semua pelajar IPTA/ IPTS yang berminat dengan dunia kecantikan inilah masanya anda menukar terus wajah anda yang kusam, tidak bermaya apajua masalah yang 'menimpa' wajah anda kini ada jalan penyelesaiannya,,
HANYA SERAHKAN KEPADA YANG PAKAR dan anda akan tampil lebih yakin & cantik secara semulajadi pada awal tahun 2012. WOW MENARIK!!...
BERITA BAIK BENGKEL 5 JAM INI ADALAH PERCUMA KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR IPTA/IPTS DI LUAR SANA...
Jangan ketinggalan menyertai CHALLENGE 30 FACES BEAUTY MAKEOVER,, sedang berlangsung sekarang dari 1th NOVEMBER 2011-29 MARCH 2012..
*Sila baca entri lepas Memerlukan 150 wajah untuk Makeover..






Untuk info sila call terus DYA ROMANTIKA untuk appoitment ditempat anda,,
APA TUNGGU LAGI SEGALANYA PERCUMA HANYA UNTUK DIRI ANDA PADA MASA HADAPAN...

*REBUT PELUANG SEKALI MUNGKIN SEUMUR HIDUP..

ALL ABOUT BEAUTY:- Grooming, Skin Care, Makeup

Kecantikan sejati bermula daripada hati. Kepada mereka yang tertanya-tanya bilakah kami akan mengadakan CERAMAH ataupun BENGKEL yang seterusnya mengenai Penampilan Diri, Penjagaan Wajah & Solekan anda perlu LIHAT JADUAL untuk tarikh & masa.



Call terus kami DYA ROMANTIKA

*Kami juga menerima PERSONAL GROOMING untuk sesiapa sahaja yang berminat..
REGISTER @ CALL KAMI..

10 Personal Photoshoot with Annas Easkey DEC 2011~

Assalamualaikum pembuka entri,,
dya romantika gelaran mummy,,
hamboi-hamboi macam ni,,
cuma nak tanya siapa berminat nak join dengan dya photoshoot bersama Annas Easkey Photography??!





Ok pada 23 Oktober 2011 yang lepas Dya Romantika Resources ada mengadakan 1 bengkel Advance Makeup with Dya Romantika&Photoshoot with Annas Easkey

Disebabkan sambutan yang menggalakkan kita ingin membuat photoshoot didalam studio untuk semua peserta juga follower Dya Romantika Resources bergembira.

*Photoshoot ini juga disponser oleh Nadya Syafanis Collection.
Sudah semsetinya jemputan khas Photograper Profeessional Annas Easkey Photography.
Tinggal 10 tempat sahaja untuk photoshoot ini pada DECEMBER 2011.
Bayaran hanya RM350
Harga Asal RM650

**Booking payment 50%.
Siapa berminat boleh REGISTER HERE!

[Image]Anda juga mungkin ingin melihat:-
1-Hasil kerja saya & team beauty consultant.

Tuesday, November 8, 2011

Memerlukan 150 wajah untuk Makeover..




Semua orang nak cantik,, saya pun begitu jua..
Untuk pengetahuan anda kami telah menerima 1 program dari company untuk 'makeover' 150 orang wanita dalam masa 5 bulan,,
Patutkah anda berasa teruja atau saya??


Oleh itu bermula pada 1st November 2011 hingga 29 MARCH 2012 saya memerlukan hanya 1 bulan 30 wajah wanita,,
selama 5 bulan berturut-turut & terbuka kepada mereka yang mempunyai kulit wajah yang penting baik hati untuk membantu saya & yang terbaiknya sesi makeover ini adalah secara PERCUMA dan TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK DI MALAYSIA!!!
Selama 5 bulan ,,program ini sudah pun berlangsung pada NOVEMBER 2011.
Siapa ikhlas, berminat & cepat dia PASTI DAPAT!

*PELAJAR IPTA/IPTS SELURUH MALAYSIA DIGALAKKAN, BADAN/ KELAB, INDIVIDU, GOV, NGO KAMI GALAKKAN MENYERTAI PROGRM INI...

Untuk pengetahuan anda saya hanya memerlukan
30 wajah x 5 bulan
TOTAL=150 wajah wanita asia.

WOW!!! MENARIK BUKAN??

BERMINAT UNTUK MEMBANTU PROGRAM SAYA
hanya perlu emailkan, sms @ call:
YES, SAYA NAK CANTIK!/ YES, SAYA PERLU BANTU KAMU!
[NAMA, NO PHONE, PEKERJAAN ANDA SEKARANG @ STUDENT: NAMA IPTA/ IPTS]

Email: dyaromantika@yahoo.com
sms@ call terus: 013 6030 370




Thursday, October 27, 2011

BENGKEL PERCUMA SABTU 29 & 30 OKTOBER 2011!!!





BENGKEL PERCUMA!!!

Siapa yang nak mencuba produk nak tau mengenai penjagaan kulit wajah @ nak tau peluang menjadi biz parter dya semua dijemput hadir pada:-

SABTU 29 OKT 2011 @ MARY KAY OFFICE JAYA 33, PJ.
SKIN CARE: 11am
BEAUTY CONSULTANT: 2pm

*Please pm dya
'SKIN CARE/ BEAUTY CONSULTANT', NAMA & PHONE NO ke 013-6030 370
SEEPAT MUNGKIN!!!




Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol serta Penampilan Diri & Imej bersama Datin Sharifah Shawati




Syukur, syukur, syukur alhamdulillah...
Bak kata orang rezeki memang ada di mana-mana & yang paling penting niat yang betul membawa kita ke 'tempat yang tidak disangka.'
Pada 25 oktober 2011 bertempat di Crystal Crown Hotel PJ telah berlangsungnya satu Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol serta Penampilan Diri & Imej bersama Datin Sharifah Shawati Syed Mohd.

About Datin Sharifah Shawati
CEO to ADAMAYA SDN BHD, Host of Gadis Melayu now aired in TV9, an Image Consultant trained in London Image Intitute & Academy of Image Mastery, Singapore. A member of Association of Image Consultants International, AICI.

Saya telah diamanahkan untuk memberi talk mengenai penampilan diri & imej untuk penjagaan wajah serta solekan ringkas ke pejabat.
Insyallah dalam tahun ini akan ada lagi kursus seperti ini.
Mana tahu dapat berjumpa dengan anda semuakan?


*Copy Paste dari koleksi dari Datin Sharifah Shawati

*Copy Paste dari koleksi dari Datin Sharifah Shawati

*Copy Paste dari koleksi dari Datin Sharifah Shawati

*Copy Paste dari koleksi dari Datin Sharifah Shawati

*Copy Paste dari koleksi dari Datin Sharifah Shawati










Dengan kerjasama Team Beauty Consultant yang lain segalanya berjalan dengan lancar alhamdulillah..
Di sini saya ingin berterima kasih pada kak Roslinda, kak Fa, kak Arju, kak Azlin & kak Nurul kita. Semua pangkat kakak-kakak dah macam adik beradik dalam Mary Kay kerana membantu sebagai 1 team yang perfectlah..
Kepada Datin yang percayakan 'kuasa' kami, PA datin Hafiz yang hubungi saya, [dari kenalan annas]. TQVM semua..



Monday, October 17, 2011

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU



Cancellation of Notification of Cosmetic Products

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Tahun 2011

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMerkuri

Tahun 2010

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin

Tahun 2009

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini dikemaskini pada Julai 2011