Followers

Tuesday, July 19, 2011

Beauty Info: MARY KAY PRODUCT



KEGHAIRAHAN sesetengah wanita untuk memiliki kulit cerah dengan cara cepat menggunakan ‘kosmetik murahan’ menenggelamkan nasihat pakar kecantikan dan kesihatan, walaupun bahaya mengenai bahan terlarang sudah acap kali dibincangkan. Berbeza sama sekali dengan produk Mary Kay. Mary Kay tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan bahan-bahan terlarang yang berbahaya kepada kulit dan kesihatan anda kerana produk Mary Kay diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi.

Tindakan kerajaan merampas sesetengah jenis kosmetik jelas menggambarkan, sememangnya kosmetik berkenaan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan pengguna dan ia sepatutnya menjadi pencetus kesedaran kepada wanita supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan dan dakwaan pengeluar produk.

Keinginan menukar kulit wajah sebenarnya menunjukkan seseorang individu itu tidak yakin dengan diri sendiri. Jika anda menganggap kecantikan diukur pada warna kulit, bermakna tafsiran anda sangat sempit.

Kecantikan seseorang wanita tidak hanya terletak pada warna kulit atau tebalnya solekan di muka. Ukuran kecantikan sejagat membabitkan jati diri dan keperibadian mulia.


Sekadar gambar hiasan..

No comments:

Post a Comment