Followers

Tuesday, July 19, 2011

Tips Penampilan: Ketahui bentuk tubuh anda..




Untuk menutupi kekurangan yang ada pada tubuh, pakaian dapat menambahkan keyakinan seseorang. Pakaian yang digunakan atau yang melekat pada diri seseorang merupakan cermin jiwa dan watak seseorang. Dengan berpakaian, selain berfungsi untuk menutupi kekurangan pada tubuh juga akan menambah keindahan si pemakai.

Dalam memilih pakaian yang akan dipakai, kita harus mengetahui apakah pakaian tersebut sesuai dengan bentuk tubuh, apakah warna yang sesuai, apakah pakaian yang dipakai sudah sesuai. Semuanya harus dan perlu dipelajari. Pakaian yang dipakai tidak harus mahal, kerana pakaian yang mahal belum tentu sesuai dengan tubuh kita. Apa yang penting bagi saya adalah keselesaan dan bersesuaian dengan keadaan tempat.

Antara bentuk badan manusia :

1-kurus



2-gemuk



3-ideal


Setiap benda mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza antara satu sama lain. Begitu juga dengan bentuk tubuh manusia.

Bentuk dasar dari tubuh manusia ada 3: kurus, gemuk dan ideal.

Tiga (3) macam bentuk dasar tubuh manusia, iaitu kurus, gemuk dan ideal. Masing-masing mengalami perubahan satu sama lain. Perubahan tersebut terjadi kerana setiap manusia mempunyai karakter dan watak yang berbeza. Bentuk tubuh manusia juga ada yang memiliki kekurangan. Kekurangan tersebut ada pada fizikalnya.

Macam-macam bentuk tubuh tersebut adalah : ideal, kurus tinggi, kurus pendek, gemuk tinggi, gemuk pendek, besar badan atas, besar badan bawah.

Macam-macam bentuk tubuh berdasarkan perbandingan tinggi dan berat badan :






1-ideal



2-kurus tinggi



3-kurus rendah



4-gemuk tinggi



5-gemuk rendah



6-besar badan atas



7-besar badan bawah

1 comment: