Followers

Monday, August 22, 2011

Pendaftaran peserta baru- 'KELAS SOLEKAN BASIC TO ADVANCE'..




::BASIC TO PROFESSIONAL::




Teknik Solekan Mata Smokey atau smokey eyes amat sesuai digayakan untuk semua jenis bentuk wajah mahupun bentuk mata jika kena cara dan tekniknya. Dapatkan tips solekan lengkap dari kami yang tidak jemu berkongsi rahsia dan petua solekan . Teknik solekan yang diajar sesuai digunakan untuk ke pejabat. Simple! Tidak tebal! namun masih berketrampilan dan menyerlah lagi anggun!

Bengkel ini terbuka untuk wanita sahaja. Terutama bagi anda yang baru berjinak2 dengan alat solek. Maknanya tak mahir lagi tapi teringin mencuba.
Kami

bersedia membantu anda menghasilkan teknik solekan yg lengkap dan cantik. Tidak tebal dan manis dipandang.

**Jika anda berada di luar kawasan Klang, Shah Alam @ Kuala Lumpur kami akan datang ke tempat anda untuk memudahkan urusan antaranya anda tidak perlu menanggung kos yang tinggi ke tempat kami, menjimatkan masa dan lain-lain. Sila pastikan bilangan peserta adalah 10 orang ke atas.



Isi kandungan kursus :-

TEORI & PRAKTIKAL


---------------------------------------------------------------------------------


::ANTARA TAJUK SEMASA KURSUS::


KECANTIKAN DAN KULIT

-Mengenali jenis kulit

- Cara-cara penjagaan wajah harian (pencuci, penyegar, masker dan pelembab)

- Merawat wajah Kulit normal, kering dan berminyak.
-Soal jawab mengenai masalah kecantikan.
ASAS SOLEKAN


-Kulit dan solekan

- Bedak asas

- Jenis-jenis bedak asas

- Teknik aplikasi

- Teknik dan aplikasi,
shading,mengikut kesesuaian wajah
- Jenis-jenis span




APLIKASI SOLEKAN

- Mengenali jenis berus dan kegunaannya

- Teknik merapikan kening

- Peralatan solekan mata

- Teknik solekan mata (eyeshadow) – smokey eyes

- Teknik aplikasi pemerah pipi (blusher)

- Teknik lukisan/solekan bibir

- Teknik solekan untuk siang/malam/ke pejabat


- Tip-tip solekan

- Mengenal Berus makeup anda

- Teknik Mengebukan wajah

- Teknik mancungkan hidung

- Teknik Shading


--------------------------------------------------------------------------------


:BAYARAN:


RM150 : UNTUK 10 ORANG PESERTA KE ATAS SAHAJA..

RM250 : UNTUK 5 ORANG PESERTA SAHAJA.

**Harga di atas untuk setiap peserta.


---------------------------------------------------------------------------


::TEMPAHAN AWAL::

Setiap tempahan untuk menghadiri kursus ini wajib membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM50.00.Pembayaran penuh perlu dibuat untuk kemudahan pihak pengurusan menyediakan sijil, tempahan tempat dan bahan di dalam kelas.

Sila hubungi kami untuk cara-cara pembayaran. Anda dibenarkan membawa model dan caj tambahan dikenakan sebanyak RM50 SAHAJA.

Kami juga menerima jemputan untuk membuat kursus solekan di rumah/pejabat anda. Minima bagi setiap peserta adalah 5-10 orang. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

**Setiap tempahan untuk menghadiri kursus ini wajib membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 50%. Pembayaran penuh perlu dibayar 1 minggu sebelum kelas bermula. Jika patuh pada syarat-syarat kami anda dikira tiada di dalam senarai peserta kami. TERIMA KASIH..


..SILA DAFTAR DI SINI..







2 comments:

  1. berapa yerk kosnyer.....tak nampak pulak....kalau sy ni dari terengganu berminat nak pergi ke sana..berapa jauh yer..sebab sgt2 tak familiar dengan jalan kat shah alam tu...thanks...

    bertanye je dulu ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Harga cuma RM250.
    tapi kalau awak ada kwn2 yg bminat di sana 5 orang saya bg seorang RM150 sahaja....

    ReplyDelete