Followers

Thursday, September 8, 2011

Gincu @ Lipstick = Kanser???



Bagaimanakah Gincu Menjadi Penyebab 'Kanser'?

Ya.. Ini adalah salah satu contoh kesan logam Plumbum yang paling ketara yang terdapat dalamGincu yang kita gunakan seharian. Saya percaya , ramai wanita di luar sana yang mengalami masalah ini termasuklah saya sendiri. Tidak terhad pada Gincu mahal aje Gincu murah pun berpotensi untuk merasai kesannya pada bibir mungil anda.

Sumber Rujukan:- www.vivawoman.net,www.rediesh.com





1) Gincu-Gincu yang diuji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum atau logam"Lead".

2) Kumpulan ini telah mengadakan 'Kempen Kosmetik Selamat' dan telah menguji gincu-gincu merah daripada 33 jenama dengan menggunakan khidmat Kumpulan Penguji Bodycate dari Santa Fe Spring, California. Hasilnya ia mendapati 61 peratus daripadagincu-gincu itu mempunyai kadar plumbum di antara 0.03 hingga 0.65 bahagian persejuta.

3) Gincu-Gincu tersebut termasuk daripada jenama terkenal seperti klik sini telah diuji positif mengandungi lebih banyak plumbum atau lead daripada jenama-jenama lain. Sepertiga daripadagincu tersebut didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian per sejuta yang telah ditetapkan untuk gula-gula oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika (FDA).Pihak FDA belum lagi menghadkan apakah kadar plumbum yang selamat dalam gincu.4) Gincu seperti gula-gula, mudah masuk ke dalam tubuh. Sekiranya termakan, ia akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan termasuklah kanser.Apakah itu Plumbum atau Lead?Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.Apakah Plumbum merbahaya?Ya, Plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.Untuk wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul, keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang serius.Mengapakah Plumbum dimasukkan ke dalam Gincu?Soalan yang bagus... Plumbum atau Lead dimasukkan ke dalam Gincu untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) & tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.Pernahkah anda mengalami bengkak-bengkak bibir atau bibir anda menjadi lebam dan hitamseperti di bawah ini?







Bagaimana Pula Anda Tahu Gincu Yang Anda Gunakan adalah "HALAL"?

..atau mungkin ianya "HARAM" tanpa anda sedari?


Jangan Terkejut! Sebenarnya, ada Gincu di pasaran ketika ini diperbuat daripada bahan yang diketahui tidak halal untuk orang Islam iaitu 'Lemak Babi' atau lebih dikenali sebagai "Gelatin" dan nama saintifiknya ialah ‘sodium tallowate’. Ia merupakan bahan terpenting dalam kandungan pembuatan sesuatu Gincu atau bahan kosmetik yang lain. Ia bukan lagi rahsia tapi sengaja masyarakat kita masih tidak peka atau buat tak tahu saja tentang isu ini.

Mengapa 'Lemak Babi' bukan lemak binatang lain?

Binatang babi dijadikan 1001 macam kegunaan. Di antara yang digunakan dalam bidang kosmetik ialah sumber lemaknya iaitu Gelatin. Lemak babi ini sungguh istimewa yang tidak terdapat pada binatang lain. Hanya lemak babi saja yang tidak akan cair iaitu tahan suhu apabila diletakkan bersama pada badan manusia berbanding dengan lemak binatang lain. Sebab itu ada Gincu yang kita pakai terutama yg diimport boleh tahan lama dibibir tanpa rasa melekit atau luntur sedikit pun. Industri kosmetik sekarang tidak ada pilihan lain selain terus menggunakan lemak babi ini untuk Gincu keluaran mereka agar tampak lebih berkualiti berbanding jenama lain.
Sumber Rujukan:www.themuslimwoman.com, www.jphpk.gov.my



Pernah dengar isu 'Uri Bayi' atau 'Plasenta Bayi' dimasukkan ke dalam Gincu?

Saya percaya ramai wanita pernah mendengar isu ini yang pernah 'meletup' suatu masa dahulu. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Tetapi menurut laman web ini gincuberjenama terkenal buatan Jepun atau China, berkemungkinan besar menggunakan produk yang dihasilkan dari uri bayi atauplasenta bayi yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Bahan haram itu dipercayai diadun di dalam gincu berjenama terkenal kerana sifatnya yang boleh memberi kesan positif kepada kulit berikutan kewujudan sejenis hormon estrogen yang kaya dengan kandungan darah dan juga protein seperti albumin.



Ini lagi gerun, 'kulit mayat' dibuat gincu?

Hati-hati dengan produk kolagen yang semakin banyak berada di pasaran tempatan dan menjadi idaman golongan wanita masa kini. Anda tahu apa itu Kolagen? Kolagen adalah sejenis protein serat pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu penyambung lain pada badan manusia.
Kulit mayat banduan yang dihukum mati telah digunakan bagi menghasilkan kolagen dan dimasukkan ke dalam produk kecantikan termasuk gincu untuk perawatan anti-kedut dan memejalkan bibir. Ini telah terbukti dari laman web ini bahawasanya syarikat produk kecantikan di China telah menghasilkan produk kecantikan jenis ini dan menjualnya ke pasaran Eropah, Amerika Syarikat dan Britain. Tidak mustahil negara-negara Barat ini menghasilkan produk mereka sendiri pula dan memasarkannya di Malaysia.


**Lipstick anda bagaimana???


No comments:

Post a Comment