Followers

Wednesday, September 14, 2011

Surat Untuk Eyma~





Temanku pernah berkata. Selagi kita yakin dengan kebolehan diri kita cuba walau sekali untuk berjaya. Betul apa yang beliau pesan dan aku amat berterima kasih padanya kerana tidak jemu-jemu memberikan aku dorongan & nasihat yang berguna.

-Bukan Emma yang kata tapi..... biar Emma teka siapa dia.'Emma kau mesti tau sangat sebab dia orang yang selalu mengambil berat tentang aku..Kau akan kata yang baik-"sudahlah dya...." @ kau kata pada aku "kau gila dya ishk-ishk!"

Selama aku belajar di sana aku banyak mengenali erti kehidupan yang sebenar. Pelbagai ragam manusia dan sandiwara aku lihat. Emma teman baikku satu kelas, satu bilik sekarang. Dia yang aku kenal adalah teman semasa susah dan senang. Aku ingat lagi bila setiap Rabu aku dan dia akan memasak untuk makan malam. Emma kata ok la Dya kau masak aku tolong.. Dan setiap Rabu jugalah duit rumah kami akan habis kerana setiap Rabu kami akan berbelanja besar untuk makan besar. Kak Ira ketua rumah paling sakit bila Rabu. Tidak ketinggalan aku sebagai Ketua Kerohanian akan mengajak teman-teman di rumah untuk berjemaah dan membuat bacaan yassin setiap hari Khamis malam Jumaat. Ada lebih kurang 12 orang penghuni rumah kami,, Emma, B dan Kak Cik paling rajin berjemaah bersama. Indah rasanya bersama mereka. Kenangan tidak dilupakan bila tuan rumah bujang lagi masa itu kami panggil Abang Long sealu mengajak kami ke karoke setiap hujung minggu.

Disebabkan aku satu kepala dengan Emma gila-gila dan kaki karaoke. Kondo di Cheras juga disediakan sauna, kolam renang dan gym untuk kami dan sudah semestinya penghuni di situ aku paling gemar merehatkan diri di sauna bersama semua penghuni rumah Emma lagi, B kadang-kadang, Kak Cik, Kak Ira dan lupa.Selepas 6 bulan aku melanjutkan pelajaranku di CIDB. Kami terpaksa berpisah untuk memilih haluan masing-masing. Sedih, pilu, gembira bercampur-gaul perasaan aku pada masa itu tidak pada Emma sebab aku satu kampung dengan dia.

Tipu tak rindu sekarang Emma busy dengan kerjaya beliau yang satu itu. Emma teruskan usaha kau di dalam bidang ini ok! aku tak sanggup berpanas habis hitam legam kaukan 'Rock & Roll'! tapi......bak kata engkau Muka je ganas tapi melatahkan dya. Aku tak cakap tapi kau yang bagitau.. Walau dalam test group aku yang kena draw plan untuk landscape kau tolong colour-colourkan plan dengan Akif yang tak berapa nak guna tu tak silap aku ke syikin,, tapi kau tetap berharga bagi aku sebab kaki kau Emma teringat-ingat lagi. Kalau aku pengsan kau bagi kaki kau ok aku sayang kau!


**Eyma kalau kau hidup lagi kau call la aku kalau tak ada kredit kau miscall pun aku tak kisah.
Bila nak karaoke lagi nyah???


No comments:

Post a Comment