Followers

Wednesday, March 28, 2012

My Skin Care Clas with beauty consultant..



Skin Care Class pada hujung minggu..



Peserta paling muda..














Untuk mendapatkan Free Consultation Hubungi kami untuk temujanji 013 6030 370


DYA ROMANTIKA*




Entri ini tidaklah seistimewa mana,, tetapi hanya ingin berkongsi serba sedikit mengenai dya mana yang berminatlat mahu mengenali diri ini..
ada yang pernah bertanya dan anda juga mungkin tertanya-tanya kenapa 'dya romantika'..


Pada mulaya tidak terfikir langsung mahu jadikan nama dya romantika sebagai label kepada syarikat dan penampilan saya. Sampaikan syarikat saya sendiri saya letakkan nama dya romantika resources.
Hubby pernah memberi beberapa cadangan pada mulanya antaranya nama Hidayah Resources ke, Nurhidayah Resources ke. 'Dalam hati eleh tak cool la nama macam tu.. tapi sebab dengar kata suami la ikut kata dia pilihan ketiga letak pilihan asal saya 'Dya Romantika Resources'. Pilihan ketiga dapat... sorry to say daddy mummy is cool bukan daddy cool lagi hokeh~~

Berbalik pada zaman lampau~~~~~~~
Nama sebenar saya mana yang belum tahu adalah NURHIDAYAH ASH'ARI-Cahaya Petunjuk.
dya mungkin, sebutan pada asalnya dayah atau daia pilihan anda terpulang.
Panggian dya sebenarnya adalah 'dhiya-cahaya, sinar',,
panggilan big bos di company lama tempat saya bekerja dahulu di AmInssurans Bukit Raja.

Dari mana datangnya Romantika asalnya dari friendster lama saya (time bercinta dulu-dulu).
Mungkin kawan lama saya tahu mungkin juga tidak.
Pada asalnya juga Romantika bagi saya hanya pada sedap bunyi kerana menjiwai diri saya yang manja.
Rupanya saya adalah seorang wanita romantik dan dramatik.
lain-lain maksud:-

ROMANTIKA

R-Ramah

O-Oportunis

M-Mesra

A-Amanah

N-Naif

T-Tulus

I-Ikhlas

K-Komited

A-Alim

Patutlah masuk dengan jiwa saya hingga sekarang...
Tenang je dengarkan.. :P

Mungkin penampilan saya agak matang dan dewasa,,
Kita juga perlu sesuaikan diri kita dengan orang sekeliling bersesuaian dengan kerjaya kita bukan??
Kalau tidak bagaimana saya perlu berhadapan dengan pelanggan saya dari berlatar belakangkan pelbagai jawatan dan mempercayai saya kerana penampilan yang kita bawa adalah apa yang kita sampaikan untuk mereka sebenarnya.
Tetapi jangan salah sangka itu hanya nama panggilan sahaja saya tetap NURHIDAYAH ASH'ARI yang gila-gila dan nakal sikit kata hubby.
Belum tanya umie dan ayah sure mereka kata saya tak waras dan tidak matang jika bersama family.
Ok saya pandai bawa diri tidak kira dimana. Saya boleh jadi budak kecil, saya boleh jadi remaja, belia dan dewasa. Saya juga seperti orang biasa masih ada kawan-kawan, keluarga dan anak saya Hilman Nandos & bakal anak kedua saya.. ;P




**Jadi diri sendiri dan jaga diri itu penting untuk masa depan kita.
pesanan khidmat masyarakat dari saya boleh.. ;)

Tips Outdoor Photoshoot for Pregnant Lady by Dya Romantika




Assalamualaikum pembuka bicara,,
kepada teman-teman yang dirindui & disayangi,,
lama sudah tidak berbicara,,
Hari ini ingin melepaskan isi di hati.. :)


Kali ini ringan tulang nak share sedikit tips apabila Outdoor Photoshoot seperti di atas:

1-Perlu ada tema untuk kemudahan anda & photograper.

2-Pilih rona selain warna semula jadi seperti di taman mengenakan tudung mahupun pakaian tema berwarna hijau rumput, pokok juga lain-lain untuk mengelakkan anda 'tenggelam'.
Contoh lain: Perlu pilih warna terang untuk hidupkan mood morning sickness @ tema terpulang pada anda.

3-Pastikan apakah yang anda ingin tunjulkan di dalam sesi photoshoot.

4-Pilih fabrik yang selesa dengan cuaca jika perlu cari waktu pagi @ senja.
*Elakkan memilih tengahari & terpulang jika anda 'KEBAL' @ mahukan 'effect' lighting terang..

5-Pilih photograper mengikut budjet anda, jika ada suami minta tolong & jangan banyak merungut jika gambar xberapa nak cun nanti baby keluar muka xcun.. :D

6-Makeup tidak perlu tebal merujuk di atas.
Product Penjagaan wajah yang betul akan beri effect nampak lebih flawless & natural.
-MARY KAY-
*Call me for more info for product Mary Kay My LUVLUVLUV!


Bersiap-siap...
*MK PROFESSIONAL COMPACT


Heels kesayangan serta topi @ Pangkor.
*Ini bahaya cuma boleh guna waktu shooting untuk 'action' sahaja oke INI SERIUS!


Siapa kata Pregnant Lady xhot haa?
My second baby @ 23 years old.. :)
*Antara collection la gitu~ :D


Bukan cover perut tapi posing maut kut..



I know daddy agak jeles dengan mummy lepas nie kena cari sponser dress & photograper for next photoshoot wah retis sangat konon... :D

Tq for Nurul Hilawan for this photoshoot...
LUV u & kak ain~~


Tips Penampilan: Cara mudah menjadi fotogenik dihadapan kamera..



Pasti ramai mereka diluar sana 'gila' bergambar bukan?? Salah satu sebab kita bergambar adalah kerana kita mahu jadikan sebagai kenangan manis mungkin. Di sini saya ada berikan sedikit tips bila berhadapan dengan kamera.

Langkah ke 1

Pastikan jangan sesekali berasa tegang jika di depan kamera, usahakan untuk tampil lebih tenang dan berkesan di depan kamera dengan menghasilkan gaya yang semulajadi tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 2

Jika panik cuba biasakan seperti anda sudah biasa berhadapan dengan kamera. Cuba biasakan untuk buat latihan sebelum berhadapan dengan kamera. Hal ini akan memberikan anda latihan untuk lebih menghasilkan senyum dan gaya yang fotogenik tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 3

Jangan menggunakan aksesori yang berlebihan, jika anda menggunakan aksesori yang berlebihan dan anda belum terbiasa, hal ini akan membuat anda akan kelihatan seperti badut. Jadi usahakan untuk menggunakan aksesori sewajarnya saja.

Langkah ke 4

Cuba untuk bergambar dengan teman anda jika anda merasa kurang percaya diri. Biasanya jika bergambar dengan teman kita berdua atau bertiga akan membuat kita mudah mengikuti gaya mereka, dan lebih natural.

Langkah ke 5

Jika mata anda tidak terbiasa untuk berhadapan dengan kamera, sebaiknya anda juga boleh bergambar tanpa melihat kearah kamera. Lazimnya hal ini biasanya dilakukan foto model yang memang sudah fotogenik. Namun jika anda merasakan hal ini akan membuatkan anda lebih percaya diri dan berjaya , mungkin hal tersebut boleh diterapkan dengan gaya anda didepan kamera.