Followers

Wednesday, November 13, 2013

5 tips kecantikan & kesihatan yang perlu anda ketahui!!..




Makeup by Dya Romantika

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:


1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Rahsia kecantikan wanita di dunia..





Apabila bercakap tentang rutin kecantikan, memang semua wanita mempunyai petua masing – masing. Pada anda yang suka menjelajah dunia, jangan lepaskan peluang anda mempelajari rahsia-rahsia kecantikan dari negara orang.

Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar?

Chile
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

Tuesday, November 12, 2013

FREE MAKEOVER AIRBRUSH MAKEUP:-Pemenang Contest LIKE & SHARE Dya Romantika Beauty



TQVM kepada semua pemenang yang terpilih dari 30 penyertaan yang hangat!
Hadiah makeover airbrush makeup natural touch by Dya Romantika.

Untuk semua followers kami:

Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty

Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com
















Airbrush Makeup for Bridal Available in malaysia



Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty
Mira Langkap Perak









Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com



Airbrush Makeup for bridal 2014 open now for booking!!


Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty









Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com