Followers

BEAUTY CONCEPT


Salam dan Salam Sejahtera.


Dya Romantika Beauty Services telah mencapai satu matlamat atau kejayaan yang lebih bermakna dengan membantu wanita untuk tampil cantik, yakin &  bijak untuk kepentingan mereka sendiri.  Pada permulaanya memang agak rumit kerana ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan ini, akan tetapi dengan adanya sokongan pelbagai pihak yang lebih memahami konsep kerja beliau yang mahukan perubahan untuk  merubah wanita menjadi lebih yakin pada diri dan bersederhana dalam penampilan diri. Beliau pernah berkata ‘peluang  berjumpa dengan wanita malaysia ini tidak akan beliau sia-siakan dan cuba memberi ilmu kecantikan semampunya dan dapat memperbaiki diri tampil lebih angggun di mata suami khasnya bagi yang sudah berumah tangga.’


-WAJAH ASET WANITA-
Kelihatan cantik bukan sekadar solekan kerana solekan hanya topeng semata.
 Asas pada wajah adalah corak betapa amanahnya kita menjaga pemberian dariNYA juga dapat mendisiplinkan diri kerana penjagaan yang betul juga memerlukan masa yang teratur untuk diikuti. Wajah yang sihat & segar  memudahkan semua perkara dilaksanakan tanpa perlu berbelanja lebih.
 'Saya pernah ditanya oleh seorang wanita berpurdah yang ingin mendapatkan nasihat dari saya  serta merta semasa mengadakan 1 program kecantikan khas di Klang.
Syukur mereka memahami apa tujuan kehadiran saya untuk diri mereka'
 walaupun dari luaran kita lihat golongan seperti mereka tidak mengambil berat mengenai penampilan wajah kerana hanya wajah mereka ditutup.' 
Wajarlah setiap wanita mempunyai naluri yang sama inginkan kecantikan untuk diri mereka walau macam mana cara sekalipun.


-LEBIH POSITIF- 
Jika kita berhadapan dengan perkara-perkara yang negatif, begitu mudah kita menewaskannya kerana kita mempunyai keyakinan & sifat positif  kerana penampilan kita yang betul dan sihat. Bagi melaksanakan, kuncinya adalah “Keyakinan“. Tanpa keyakinan tidak akan wujudnya ‘penampilan sihat’ maka tiadalah istilah perubahan baru dalam diri.

Pastikan wujudnya kejujuran dari hati ikhlas kita mahukan perubahan barulah keyakinan & penampilan di dalam diri anda akan lebih mantap dan mempunyai wawasan untuk mencapai matlamat dan kejayaan yang maksimum.

Kami telah sebulat suara untuk memperkenalkan konsep Dya Romantika itu sendiri di dalam urusan kami iaitu konsep  membantu wanita ke arah cantik yang positif dan hanya mendapat kualiti yang terbaik.


Kami berharap dengan konsep ini serta sokongan dari anda semua, satu revolusi akan terbentuk yang melahiran ramai wanita yang berjaya, cantik hatinya & cantik sifatnya secara semulajadi...Insyallah.
Akhir kata, kami menjemput anda untuk bersama-sama kami mencapai kejayaan dan matlamat yang diingini. Semoga kita diberi rahmat dan semoga ilmu ini diberkati  Allah SWT.
Insyallah barakallah....