Followers

Thursday, September 1, 2016

[ BEAUTY ADVANCE WORKSHOP ] + Roadtrip Exploring Malaysia Dya Romantika Beauty #drbeautyworkshop




************************
Bila 1 hari......
*************************

Cik abang dah mula berkata,
bila lama dah berdiam diri ternampak kelibat si isteri:

"Eh nampak lainlah sayang semenjak dua menjak ni......"
Hahahaa dah terkena!



Semenjak join #drbeautyworkshop suami makin sayang tak berkedip mata..

Modul perkongsian ilmu kecantikan seperti di bawah ya,,
wahh,, banyak kita nak belajar ni.....
Minta tolong baca sampai habis & share post ni, TQVM.. 😄

*************************

[ BEAUTY ADVANCE WORKSHOP ] +
Roadtrip Exploring Malaysia 

"Saya dengan rendah diri ingin kongsikan 1 berita baik kepada wanita-wanita diluar sana yang memiliki jiwa besar dan kinilah masanya saya & team akan kongsikan sehabis baik ilmu kecantikan dan penampilan kepada anda semua.

Kami akan mengadakan "BENGKEL BEAUTY ADVANCE" istimewa kepada wanita yang masih tidak tahu, tidak paham dan zero knowledge mengenai ilmu makeup & penampilan.
Ianya ilmu yang boleh digunapakai untuk penampilan seharian yang sangat praktikal dan mudah selepas anda mengetahui teknik rahsia di dalam bengkel kali ini.

Dalam bengkel ini, kami akan bongkarkan satu persatu cara memakai makeup yang betul, mengenali warna kulit, jenis kulit, jenis solekan yang betul, pemilihan warna pakaian mengikut umur yang bersesuaian, cara memilih pakaian, hijab yang betul, demo hijab dan lain-lain tips akan kami kongsikan kepada anda semua nanti. 
Wow, terujakan??!

Tak sabar rasanya ingin memberi manfaatnya kepada anda semua.
Have fun & jumpa kita disana nanti ya..!"

( CEO DYA ROMANTIKA )

*************************



BENGKEL KECANTIKAN + PENAMPILAN.
(Teori, Demo & Praktikal)

1. SOLEKAN
-Mempelajari teknik solekan yang cepat, mudah dan nampak natural untuk ke pejabat, jumpa client, kuliah mahupun santai bersama keluarga.
+Mengenal kumpulan warna solekan.

* Cara pemilihan bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit.
* Teknik memilih bedak asas dengan cara yang betul.
* Tip aplikasi bedak asas
* Mengenali jenis berus dan kegunaannya.
* Teknik melukis kening
* Pelajari teknik blend warna
* Teknik solekan mata mudah (eyeshadow)
* Teknik aplikasi pemerah pipi (blusher)
* Teknik solekan bibir
* Tip-tip solekan siang 
* Tip pemilihan barangan kosmetik mengikut budjet.

2. GROOMING PAKAIAN
-Menyuai padan pakaian, hijab & solekan yang betul.
-Mengenal kumpulan warna panas & sejuk.

3. HIJAB STYLIST
-Mempelajari teknik pemakaian hijab yang lebih mudah, kemas, selesa & tahan lama dikepala sepanjang hari!

TESTIMONI PESERTA:


********CUMA RM190 untuk sehari bengkel.
********CUMA RM190 untuk sehari bengkel.
********CUMA RM190 untuk sehari bengkel.

********************************

Solekan yang sempurna hanya sapuan nipis dan menutupi cela, bukan seperti membawa tepung sekilo dimuka.. 😆
Nampak nipis tak solek,, tapi NAMPAK LEBIH SEMPURNA TAK TERKATA..

*************************

CUMA RM190 untuk sehari bengkel,,
CUMA RM190 untuk sehari bengkel,,
CUMA RM190 untuk sehari bengkel,,

*************************

LOKASI PILIHAN ANDA:

1. JOHOR
2. MELAKA
3. NEGERI SEMBILAN
4. SELANGOR 
5. PERAK
6. KEDAH 
7. PULAU PINANG
8. PERLIS
9. KELANTAN
10. TERENGGANU
11. PAHANG
12. SARAWAK 
13. SABAH 

TARIKH:
Akan diberitahu di dalam whatsap.
( Sila Whatsap untuk tempahan seat sebelum penuh )

MASA:
10am-3pm

BAYARAN PENDAFTARAN:

PROMO: RM190/ peserta.
Harga asal: RM590
(Bahan makeup, nota & latihan disediakan didalam kelas)



CENTER SHAH ALAM
DYA ROMANTIKA BEAUTY
Pkns Bizpoint, No. 67B, Tingkat 2, Jalan Plumbun P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.

++++++++++++++++++++++++

CARA PEMBAYARAN:
CIMB Dya Romantika Beauty Services (8007119793)

BUKTI PEMBAYARAN:
Nama penuh,
No Telefon,
No transaksi,
Tarikh & Masa

FACEBOOK: https://www.facebook.com/Dya-Romantika-Beauty-257626750928111/

BLOG: http://www.dyaromantikabeauty.blogspot.com

IG: Dya Romantika Beauty

EMAIL: dyaromantikabeauty@gmail.com

JOM DAFTAR SEKARANG!!
Nama Peserta (lokasi pilihan anda)
Whatsap Admin: 013 6030 370









Monday, May 9, 2016

KEMASUKAN SEGERA MAKEUP SCHOOL + SKM.



Makeup School Dya Romantika Beauty mengikut syarak PERTAMA DI MALAYSIA.

***Cara mudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran hanya pengalaman 3 tahun ke atas hubungi kami!


Principal 
Dya Romantika Beauty
Makeup, Esthetic, Hair
Professional Academy

*
*
*



MODUL PROFESSIONAL MAKEUP

* Mengenali AURA warna 'warm' atau 'cool' untuk menyerlahkan lagi aura diri.
* Cara pemilihan bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit.
* Teknik memilih bedak asas dengan cara yang betul.
*Teknik shading mengikut jenis bentuk muka dan hidung.
* Tip aplikasi bedak asas.
* Tip pemilihan barangan kosmetik mengikut budjet.

Aplikasi Solekan
* Mengenali jenis berus dan kegunaannya
* Teknik melukis kening
* Pelajari teknik blend warna
* Teknik solekan mata (eyeshadow smokey, gelap penjuru & soket)
* Teknik aplikasi pemerah pipi (blusher)
* Teknik solekan bibir
* Tip-tip solekan siang dan malam

**********************************


DYA ROMANTIKA BEAUTY
PKNS BIZPOINT, No 67B, Tingkat 2,
Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.

Hotline/ Whatsap: 013 6030 370
Fax: 03-5511 2613

Email: dyaromantikabeauty@gmail.com
website: www.dyaromantikabeauty.blogspot.com

TESTIMONI PELAJAR:

FB: Dya Romantika Beauty
://m.facebook.com/Dya-Romantika-Beauty-257626750928111/


Tuesday, February 16, 2016

INTENSIF 1 HARI SOLEKAN EXCLUSIVE DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM!!!




Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
DYA ROMANTIKA BEAUTY & MAKEUP SCHOOL, 
kini membuka tawaran belajar sehari secara EXCLUSIVE di Seksyen 7, Shah Alam.





DIJAMIN selepas menghadirkan diri anda akan mempelajari:

* Mengetahui kumpulan warna & pemilihan warna yang exclusive.
* Modul pembelajaran diberikan secara TEORI & PRAKTIKAL.
* Teknik cara blending warna & solekan.
* Pemilihan warna bedak asas yang BETUL.
* Melukis kening dari ZERO to PRO.


YURAN PENYERTAAN SEBENAR adalah RM2990.
TAWARAN DIBUKA SEKARANG!!!
SANGAT TERHAD RM99 SAHAJA!!!

SOO,, APA TUNGGU LAGI??
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA RASA INGIN MEMPELAJARI TEKNIK EXCLUSIVE INI DENGAN HARGA JIMAT!!!

>>> WHATSAP: (INTENSIF MAKEUP RM99),, HANTAR KE: 013 6030 370
>>> WHATSAP: (INTENSIF MAKEUP RM99),, HANTAR KE: 013 6030 370
>>> WHATSAP: (INTENSIF MAKEUP RM99),, HANTAR KE: 013 6030 370





Friday, September 18, 2015

UPDATE: TAWARAN KURSUS SOLEKAN PROFESSIONAL 2016 MASIH DIBUKA



TAWARAN KURSUS SOLEKAN PROFESSIONAL 2016.


Berapakah nilainya jika anda dapat menghadirkan diri ke KURSUS SOLEKAN KECANTIKAN PROFESSIONAL.
Jawapannya adalah komitmen dan kesungguhan anda ingin menambah nilai hidup anda sendiri.
TAHNIAH JIKA ANDA BERMINAT!

»Tawaran dibuka untuk 30 orang peserta sahaja dengan nilai yang sangat rendah iaitu RM500 untuk 2 kelas (harga sebenar RM3600).
YURAN PENYERTAAN YANG BERBALOI & LEBIH JIMAT/ MURAH!



Tempat:
PKNS Biz Point, Seksyen 7 Shah Alam.
Masa: 10pagi-4petang







GAMBAR & TESTIMONI DARI BENGKEL SOLEKAN SEBELUM INI.










REBUT PELUANG KEEMASAN INI!

HOTLINE/ WHATSAP: 013 6030 370





Thursday, August 20, 2015

Tawaran Kursus Kecantikan: Rawatan Facial 2015/ 2016.


TAWARAN KURSUS KECANTIKAN.

Assalamualaikum wbt para wanita hebat yang saya kasihi sekalian..

Menjana income tanpa bekerja dengan orang lain adalah sesuatu yang menjadi dambaan kepada ramai wanita di luar sana.
Saya tahu kerana saya juga seperti anda semua..

Kali ini dengan hati yang terbuka dan penuh kasih sayang saya sangat gembira ingin berkongsi ilmu rawatan wajah kepada anda & dijadikan inspirasi sebagai 1 punca pendapatan kepada anda semua.

Saya sebagai Peneraju Mobile Spa & Akademi Kecantikan - Dya Romantika Beauty ingin memberi SATU-SATUNYA peluang kepada anda untuk bermula berniaga dengan menjalankan perkhidmatan mobile spa @ rumah ke rumah dengan yuran yang sangat berbaloi & sangat rendah!

Seperti yang ditawarkan sebelum ini KAMI DATANG DENGAN PELUANG YANG SANGAT TAK MASUK AKAL KALI INI!
OFFER TERHAD UNTUK  20 ORANG YANG PANTAS MEREBUT PELUANG!

******************************************








KURSUS FACIAL &  TREATMENT - KHUSUS UNTUK RAWATAN WAJAH.

* Apa yang anda dapat?
↪ Pelajari mengenalpasti masalah pelanggan
↪ Pelajari rawatan yang sesuai dengan masalah pelangan
↪ Pelajari teknik asas facial
↪ Pelajari teknik rawatan yang tidak menyakitkan
↪ Sijil Kursus
↪ Automatik menjadi Beautician Mobile Spa Dya Romantika Beauty yang bertauliah
↪ Pengiklanan PERCUMA pelajari bagaimana memulakannya
↪ Pelajari cara mengira kos rawatan wajah
↪ Pelajari cara membina menu rawatan wajah
↪ Pelajari cara marketing offline dan online

*****************************************

Yuran Asal Kelas Rawatan Wajah adalah RM1,599.00

DISCOUNT untuk 20 orang terawal akan mendapat BENGKEL PENAMPILAN DIRI PROFESSIONAL secara PERCUMA!!

Kelas pertama bagi tawaran ini akan dijalankan (sila pilih 1 tarikh sahaja):

RAWATAN FACIAL & PENAMPILAN DIRI

28/11/2015 & 29/11/2015 (2 hari)
-Nur Ain
-Reeza Yuliyanti
-Fiqah Syafiqah
-
-
-
-
-
-
-
-

RAWATAN FACIAL & PENAMPILAN DIRI

26/12/2015 & 27/12/2015 (2 hari)
-Azura
-Nana
-Ary Wanz
-Sue Sera Sera
-Puteri Noraini
-Nur Saadiah
-Syaza Amiera
-Marina Azman

i. Bengkel adalah 100% teori dan praktikal.
ii. Bengkel perlu disertai sekurang-kurangnya 10 peserta.

c. Jumlah hari dan kos pengendalian bengkel:
i. Bengkel akan dijalankan selama 2 hari iaitu 8 jam termasuk waktu rehat.
ii. RM 200.00 bagi seorang peserta & kelas latihan ulangkaji seterusnya adalah percuma.

BONUS**
Semua peralatan untuk praktikal akan disediakan seperti kapas muka, span muka, cermin, tissue, tuala muka serta face bowl.

Hubungi/ Whatsap sekarang untuk promo HEBAT ini!
Hubungi Jutawan Manis:
Pn. DYA 013 6030 370


Thursday, March 12, 2015

Tanda-tanda toksin dalam badan.


"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.




Apakah Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? 

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1) Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.


~Kerap sakit kepala 
~Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab 
~Susah bangun tidur 
~Bahagian keliling mata gelap 
~Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit 
~Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi 
~Sinus 
~Berat badan meningkat 
~Kehadiran selulit 
~Masalah jerawat dan banyak lagi 

Tuesday, February 17, 2015

Pemutihan kulit boleh undang barah!



WANITA mana yang tidak berbangga apabila memiliki kulit cerah dan mulus tanpa sebarang noda.
Bahkan kebanyakan iklan di kaca televisyen sering kali memaparkan wanita berkulit cerah yang dianggap lebih cantik berbanding wanita berkulit gelap atau sawo matang. 
Ini menyebabkan ramai yang ingin memiliki kulit yang cerah seperti artis pujaan mereka walaupun hakikatnya ton kulit yang dimiliki mereka sangat sukar untuk merubah kepada apa yang dikatakan ‘cerah’ atau didefinisikan sebagai ‘putih’.

Untuk mendapatkan kulit putih atau tepatnya lebih cerah, bukanlah dengan cara atau teknik ‘segera’.

Sebagai wanita anda sepatutnya berasa curiga sekiranya sesuatu produk itu mampu memberi kecerahan kulit dalam waktu yang singkat.

Pada asasnya, krim pemutih adalah campuran bahan kimia bertujuan memberi wajah lebih pucat pada kulit.

Dalam jangka waktu lama krim itu dapat menghilangkan atau mengurangi hiperpigmentasi pada kulit.

Namun penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara kekal.

Menurut pakar estetik dan pemilik Klinik Thalia, Dr Shaharom Sulaiman, secara umumnya terdapat pelbagai jenis krim pemutih di pasaran dan kandungan yang dibenarkan untuk memutihkan kulit adalah terdiri daripada pati soya, vitamin C , vitamin E , albutin , asid kojic , liquorice dan mulberry.

Kandungan ini dibenarkan untuk krim pemutih yang dijual di farmasi atau kaunter kosmetik saja manakala krim pemutih yang dibenarkan di kebanyakan klinik estetik dan klinik pakar kulit hanya mengandungi dua hingga empat peratus hidrokuinon dan 0.025 sehingga 0.1 peratus tretinoin saja dan selebihnya adalah berbahaya.

Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon secara berlebihan sehingga lima peratus dilaporkan memberi kesan sampingan seperti radang dan rasa panas pada kulit.

Hidrokuinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazim digunakan dalam proses mencuci foto cetak. Bahan ini sangat berbahaya walaupun ia berfungsi menjadikan kulit cerah dalam tempoh yang singkat. Namun lama-kelamaan, ia akan mendap di bawah kulit sehingga bertahun-tahun dan akhirnya kulit bertukar biru kehitaman, lebih buruk akan menyebabkan kanser kulit.

Di Amerika Syarikat pada 2006, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) melarang semua produk kosmetik mengandung hidrokuinon kerana dianggap ubat-ubatan dan hanya boleh dibeli di bawah pengawasan doktor saja manakala di Indonesia, larangan itu mula berkuat kuasa pada 2008.

Sementara itu di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mendaftarkan kosmetik mengandungi hidrokuinon dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar.

Menurut Dr Shaharom, kemampuan hidrokuinon yang luar biasa dalam pembentukan melanin menjadikannya bahan kosmetik popular untuk pencerahan kulit.

Malah, ahli dermatologi beranggapan hidrokuinon paling efektif apabila digunakan empat hingga 10 peratus sehingga menjadi satu-satunya pencerah kulit yang dipersetujui FDA selama 25 tahun.

Namun menyedari bahan ini boleh membahayakan kulit, ia kemudian diharamkan.

“Namun begitu di pasaran masih terdapat banyak produk kosmetik mengandungi hidrokuinon dan tretinoin pada tahap yang tinggi. Kandungan yang tidak terkawal ini boleh memberi kesan sampingan berkekalan seperti alahan yang teruk, jeragat degil (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan masalah kulit Ochronosis,” katanya yang turut menolak dakwaan mengatakan krim pencerah boleh menghilangkan jeragat, namun sebenarnya tidak.

Ini kerana jeragat yang pelbagai seperti melasma, jagat dan pigmentasi selepas radang boleh berada di pelbagai lapisan kulit dan ia seharusnya dirawat pakar estetik.

Di samping itu, krim pemutih mengandungi AHA atau asid alpha hydroxy yang boleh menyebabkan kulit mengelupas juga sepatutnya di bawah pengawasan doktor estetik saja manakala krim pemutih yang dijual sebagai produk kosmetik juga seharusnya tidak boleh mengandungi tretinoin kerana kandungan kimia dalam bahan ini boleh menyebabkan kulit panas dan mengelupas dengan teruk.

“Ada sesetengah kes krim pemutih boleh menyebabkan kulit terbakar, sepatutnya ini tidak berlaku. Masalah ini berkemungkinan disebabkan kulit alah kepada bahan kosmetik daripada sumber meragukan atau mengandungi AHA atau tretinoin yang boleh membahayakan kulit,” katanya.

Wanita dinasihatkan tidak terburu-buru menggunakan produk pemutih disebabkan ingin mendapatkan kulit cerah tanpa mendapatkan panda­ngan doktor terlebih dulu.

Krim pencerah sepatutnya hanya mencerahkan kulit secara keseluruhan, namun langkah pencegahan semula jadi yang perlu diambil adalah dengan mengelak daripada terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari. Ini kerana cahaya matahari mengandungi sinaran ultraungu (UV) A dan UVB yang berupaya menggelapkan kulit.

“Amalkan penggunaan krim pelindung matahari mengandungi SPF 30 sehingga SPF 35 serta menggunakan peralatan seperti payung dan topi yang mampu menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit. Di pasaran terdapat vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin C, vitamin E dan vitamin B manakala pengambilan makanan mengandungi vitamin ini sangat membantu melindu­ngi kulit daripada bermasalah.

“Ada juga kajian mendapati minum banyak soya boleh membantu mencerahkan kulit,” katanya.

Selain itu, pastikan krim pencerah yang dibeli tidak menyebabkan kulit mengalami radang. Antara tanda radang ialah kulit menjadi merah, gatal atau bertambah gelap serta menyebabkan kulit mengelupas secara berlebihan atau kulit menjadi panas dan pedih apabila disentuh.

Apabila semua tanda ini dialami selepas menggunakan krim pencerah, ini menunjukkan produk ini tidak sesuai dan membahayakan kulit anda.

http://www.dyaromantikabeauty.blogspot.com/2015/01/kursus-mobile-spa-2015-kursus-jangka.html?m=1

Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/30 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Pemutihankulitbolehundangbarah/Article#sthash.x9Lnc0Mk.dpuf