Salah satu langkah solekan yang berkualiti adalah pemilihan bedak asas atau dikenali sebagai foundation.
Cuma perbezaan jenis adalah berbeza mengikut tekstur bedak asas itu.
Bedak asas digunakan untuk lapisan bedak/ base untuk permulaan solekan.
Kunci solekan adalah 'blending' & base/ asas solekan.
Antara jenis bedak asas adalah:-
Creme/ krim- Bedak asas ini jenis tepu.
Tekstur- Lebih padat dan lebih tebal dari bedak asas jenis lain.
Jika tersalah pilih @ tersalah blend boleh menyebabkan solekan nampak over, bercapuk, pecah & lebam.
Contoh: Creme to foundation mary kay, krim temulawak, krim safi, naturactor dan lain-lain.
Liquid/ Cecair- Bedak asas jenis ini amat mudah dan menjimatkan.
Tekstur- Berbentuk cecair, ringan, nampak semulajadi dan tahan lebih lama.
Contoh: Liquid Foundation mary kay dan lain-lain.


Liquid/ Cecair- Bedak asas jenis ini amat mudah dan menjimatkan sangat lembut dan halus.
Tekstur- Berbentuk cecair, ringan, nampak semulajadi dan tahan lebih lama.
Contoh: CC Creme Foundation mary kay dan lain-lain.
Compact powder/ bedak padat- Bedak asas jenis serbuk ini adalah jenis tepu.
Paling mudah digunakan kebiasaannya didatangkan sekali dengan cermin muka di dalam bekas dan ada yang boleh direfill.
Tekstur: Sangat ringan, serbuk dan tidak tahan lama untuk aktiviti luar.
Tetapi hati-hati bedak asas jenis ini akan menyebabkan kulit muka lebih nampak kering dan tidak tahan lama kerana perlu dijaga/ di 'touch up' selalu.
Contoh:- Compact Powder Mary Kay, silky girl dan lain-lain.
Loose Powder/ bedak serbuk- Bedak asas jenis serbuk ini untuk kemasan terakhir dan sesuai digunakan untuk masalah kulit berminyak.
Tekstur: Lembut, halus dan berserbuk.
Contoh: Mineral powder foundation, Loose powder foundation.
Antara sebab lain bedak asas tidak tahan lama:-
1- Tidak mengetahui jenis kulit.
2- Tidak peka memilih jenis bedak asas dengan jenis kulit.
3- Tidak prihatin dengan bahan kandungannya.
4- Silap memilih bedak asas yang betul dengan aktiviti seharian.
5- Masalah kulit serius.
6- Tidak mengenakan penjagaan wajah yang khusus dan pelembap wajah.
Tips ringkas:-
Untuk pemilihan warna bedak asas yang betul calitkan sedikit bedak asas dirahang anda.
Jika warna tenggelam itulah warna yang sempurna untuk anda tanpa masalah bercapuk/ gomak.. ;)
Sila ke FB page Dya Romantika Beauty dan tekan butang like!
No comments:
Post a Comment