Followers

Wednesday, September 14, 2011

Novel Cinta Dya Romantika~



Rumah tangga bahagia ibarat syurga dunia.

Kemudilah hingga ditemui ketenangan di dalamnya.

Percayalah

hanya cinta mengenal erti bahagia

hanya ujian membenih kesetiaan

baiti jannati dambaan hati

pasrah dan redha hanya kepada-NYA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mentari memancar cahaya dan burung-burung berkicauan riang. Terasa tenang dan damai suasana. Sesekali angin bertiup lembut. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di syarikat swasta kepunyaan kawan ayah. Aku berdebar kerana aku tidak pasti adakah aku dapat jalankan tugas aku nanti dengan sebaiknya.. Oh biarkan semuanya berlegar-legar difikiran sekarang.

Suatu hari aku berserah kepada rezeki kerana sudah tiga kali aku cuba untuk bertemu dengan seorang lelaki ini.

Dalam hati berkata siapa gerangan lelaki ini sibuk setiap kali untuk bertemu. Cuma perlu luangkan masa 20 minit,, tiada dipejabat katanya. Alhamdulillah syukur rezeki aku mengena dapat juga berjumpa dengan lelaki ini. Dia berjanji untuk menunggu aku semasa waktu makan atas urusan kerja.

Pertama kali aku melihat lelaki ini seolah-olah aku sudah lama mengenalinya. Entah mengapa pandangan matanya sungguh sejuk dipandang walau dari jauh disudut hati aku tidak pernah mengenalinya sebelum ini.

Selama aku berjumpa dengan semua pelanggan yang kebanyakannya adalah lelaki aku tidak pernah rasa kekok untuk berurusan tetapi kenapa kali ini agak mengigil mungkin aku kurang sihat,, tidak pula. Tiba-tiba aku malu untuk memandang anak mata lelaki itu. Mujur Encik Ikhwan 'selamatkan' aku..

"Oh,, dia kedip mata dengan aku. Sakit mata agaknya pintas aku daam hati..."

Selepas selasai segala urusan aku & Encik Ikhwan bergegas ke tempat lain untuk temujanji yang seterusnya. Oh dya mamat tadi 'syok' dengan engkaulah,, aku tengok dia pandang semacam sampai tak berkedip ok. Ahh Encik Ikhwan saja kenakan sayakan.. Encik Ikhwan tergelak bersama aku walau dia tahu aku sudah berpunya. Mana saya nak campak boyfriend saya tu En. Ikhwan?? Hmm apa susah pasang spare lah! Terus aku tergelak bersama En. Ikhsan..

Pada suatu hari,, selepas waktu kerja aku telah menerima surat tawaran untuk kursus pembinaan lanskap. Pada mulanya ibu dan ayah tidak membenarkan aku mengikuti kursus itu kerana mereka mahu aku terus bekerja membantu keluarga. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini aku mesti membuat keputasan terbaik untuk diriku ini. Sebelum ini ada tawaran untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis dan seni reka di uitm shah alam. Oleh kerana aku tidak mahu keluarga menanggung beban aku tidak mencuba pun untuk pergi melanjutkan pelajaran.

Entah mengapa aku rasa seperti hidupku kini lebih berharga kerana dapat merasa melanjutkan pelajaran walau dalam bidang pembinaan yang kebanyakan hanyalah lelaki sahaja. Aku gembira kerana pilihan aku ini adalah yang terbaik. Tetapi lain pula pendapat bu dan ayah aku.............


~Bersambung~

No comments:

Post a Comment