Followers

Sunday, February 19, 2012

Kosmetik bakar kulit oleh Harian Metro.


Info ni yang diambil dari berita Harian Metro:

Kosmetik bakar kulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Wanita yang ghairah untuk kelihatan cantik mungkin bertukar hodoh seumur hidup kerana memakai kosmetik mengandungi kimia Hydroquinone yang boleh menyebabkan kulit muka rosak.

Kimia Hydroquinone yang biasa digunakan untuk proses mencuci gambar diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.

Bahan itu juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser kulit yang serius.

Timbalan Pengarah Kesihatan/Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata Kesatuan Negara-Negara Eropah (EU) sudah mengharamkan penggunaan bahan itu sejak dahulu lagi.

Beliau berkata, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi Hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar. 

“Bagaimanapun, wanita yang terlalu teringin untuk kelihatan cantik tidak menyedari mereka boleh menyebabkan kerosakan kulit muka.

“Memang, di peringkat awal wajah akan bertukar putih dan licin tetapi dalam tempoh jangka panjang, mereka akan mengalami mimpi ngeri,” katanya selepas operasi ‘Ops Hitam Muka’ di sekitar Jalan Masjid India, petang semalam.

Seramai 37 pegawai Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Terengganu dan Kelantan menyertai operasi bersepadu berkenaan yang bermula jam 2.15 petang.

Operasi besar-besaran berkenaan ditumpukan kepada tindakan merampas produk kecantikan mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan raksa yang berbahaya dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Beliau mendakwa terdapat ramai pengguna terutama gadis dan wanita muda yang kurang arif dan kini menjadi mangsa kosmetik.

“Mereka mungkin tidak mendapat maklumat jelas mengenai bahaya Hydroquinone hingga sanggup menghabiskan banyak wang membeli produk berkenaan.

“Hasil kajian pakar kesihatan mendapati, penggunaan Hydroquinone berbahaya kepada individu yang tinggal di kawasan iklim tropika yang sentiasa menerima pancaran matahari sepanjang tahun,” katanya.

Menurutnya, secara perlahan Hydroquinone boleh menjejaskan fungsi perlindungan kulit daripada sinaran Ultra-Violet (UV) oleh pancaran matahari berlebihan.

“Akibatnya, pengguna akan terdedah kepada kesan sinaran UV dan mendapat barah kulit,” katanya.

Wan Hamid berkata, Hydroquinone biasanya menyebabkan kulit muka menjadi kemerahan-merahan dan rasa pedih serta terbakar.

“Penggunaan kimia ini yang berterusan atau digunakan dengan banyak (kepekatan yang tinggi) boleh mengakibatkan ‘hyperpigmentasi’ iaitu jeragat hitam pada kulit muka yang sukar dihilangkan.

“Kesan ini menjadi lebih buruk pada produk yang mengandungi alkohol (spirit) yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas atau luka teruk,” katanya.

Kajian makmal turut mendapati kimia ini tidak boleh digunakan untuk memutihkan bulu kening dan mesti dielakkan daripada terkena mata kerana ia menyebabkan selaput dan perubahan pada kornea mata. 

Selain itu, penyerapan kimia berkenaan ke dalam peredaran darah di dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah-muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan, sukar bernafas dan koma. 

Selain itu, pihaknya turut mengesan penggunaan kimia Tretinoin di dalam produk rawatan kecantikan berbentuk krim atau losyen khusus untuk merawat jerawat.

Menurutnya, kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet. 

“Malah, saya bimbang kesan jangka panjang produk berkenaan yang boleh mencacatkan wajah wanita,” katanya.

Menurutnya, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya merasa kesan pedih atau kulit muka menjadi kemerahan selepas memakainya.

“Saya menasihati wakil pengedar produk ini menyerahkan produk yang disyaki mengandungi kimia ini kepada unit penguatkuasa farmasi di negeri masing-masing atau menghadapi tindakan ,” katanya

_________________________________________________________________________
Monna says:
Most of local product contain hidrokinoun/ mercury/ rhodamin. 
Bukan nak condemn kan produk malaysia, namun.. kalau dah sampai memudaratkan muka kita dan kesihatan.. bukan ker haram namanya tu. 
Kalau nak cantik.. perlulah berkorban sedikit.. masa / wang ringgit.. cari produk botanical (berasaskan tumbuhan).. byk kat pasaran.. walaupun harga mahal sedikt.. dah mengambil masa untuk melihat kesannya.. tapi berbaloi. dan tak membahayakan. Lagipun..banyak botanical product yg affordable.. mmg harga nampak mahal.. tapi kalau dikira kuantiti.. boleh pakai sampai 4-6 bulan.. kalau average out.. aper yg kita spend sebulan sama dengan produck yg “berbahaya” yg kita beli tu.. nih berdasarkan pengalaman saudara mara dan kawan2 terdekat yang menjadi mangsa product2 seperti ini.. mmg nampak cantik pada mulanya.. lama2 makan kulit.. lapisan kulit pertama kita yg sepatutnya menjadi pelindung lapisan kulit kedua dan ketiga sudah tiada.. sbb tu most org yg pakai product yg cepat utk menghilangkan jeragat/pemutihan/ peeling (berkesan dlm masa seminggu), kalau terkena pnas matahari akan nampak seperti udang kene bakar.. satu lagi.. untuk org2 yng pernah pakai produk berbahaya.. kalau dia bertukar produk botanical .. dan muka naik merah2 atau jerawat.. itu tidak bermakna produk itu tidak sesuai.. itu adalah tindak balas produk botanical utk mmbuang toksin2 yang ada dlm kulit kita.. makan masa sedikit.. tapi better late than never..


Thursday, February 16, 2012

Ini karier saya Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay~





Untuk pengetahuan anda saya adalah seorang PERUNDING KECANTIKAN BEBAS MARY KAY yang sah.

Oleh itu pada sesiapa yang tidak lagi tahu antara produk kami adalah:-

FACIAL:1-3 orang
SKIN CARE CLASS: 5 ke atas.

***Perkhidmatan kami ini adalah PERCUMA!

Kami juga membuka peluang perniagaan & karier untuk wanita diluar sana untuk berjaya!
Ingin dengr peluang Mary Kay cari saya ok!

Untuk mencuba produk-produk kami anda hanya perlu mencari Beauty Consultant Mary Kay yang sah & tetapkan temujanji anda!

Dya Romantika
Future Sales Director Mary Kay
013- 6030 370

Tuesday, February 14, 2012

Grooming for Model Free Hair & Hijab by Dya Romantika..



OPEN TO ALL MODEL FREELANCE, PROFESSIONAL,  FULL TIME or PART TIME.

Activities:

Skin Care
Basic makeup
Mineral Makeup
Colour : Warm or Cold?







OPEN EVERY NIGHT @ BUSINESS PARK SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
PLEASE PM ME FOR APPOINTMENT & FULL ADDRESS.

AVAILABLE EVERY NIGHT:
MONDAY, TUESDAY, THURSDAY & FRIDAY.

OPEN
8.30PM-10.30PM
Interested just call, sms, whatsapp:

013 6030 370
Dya Romantika 
..Future Sales Director Mary Kay..

Maybe u need Treatment from Dya Romantika Right?




Hello beauty..
Today i have 1 good news for sharing..













FREE TREATMENT for 100 persons only!!!

OPEN EVERY NIGHT @ BUSINESS PARK SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
PLEASE PM ME FOR APPOINTMENT & FULL ADDRESS.

AVAILABLE EVERY NIGHT:
MONDAY, TUESDAY, THURSDAY & FRIDAY.

OPEN
8.30PM-10.30PM]

Interested just call, sms, whatsapp:

013 6030 370
Dya Romantika 
..Future Sales Director Mary Kay..