Followers

Saturday, April 19, 2014

Antara sebab-sebab cas solekan juru solek berbeza-beza..











Antara kos yang ditanggung seperti masa, pengangkutan, barang makeup dan skill yang tidak boleh diganti oleh juru solek lain.
Belum lagi dikira ada sesetengah juru solek yang mengenakan extra cas untuk hair do, hijab dan services memakaikan baju sekalipun.

Kos untuk pembelajaran yang dilaburkan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 Cubalah memperbaiki skill dan memberikan lebih ilmu lagi kepada semua orang sekeliling kita.

Untuk makeup dinner mengikut pada tema juga bila customer minta makeup karakter jauh lagi mahal sebenarnya tapi terpulang kepada juru solek berapa mereka letak harga mengikut kepakaran masing-masing.

Sebagai pelanggan anda PERLU pandai tawar-menawar,,
Biasanya juru solek akan berikan harga promosi @ harga sepatutnya.
Bagusnya berbincang dulu jika ada masalah tak paham tanya.

Jangan sesekali membeza-bezakan dengan harga juru solek lain.
Lain orang lain kepakaran, pengalaman, kos pembelajaran bidang solekan, tahap kepakaran dan juru solek diiktiraf @ tidak.

Kepakaran makeup saya ada 2 jenis iaitu MAKEUP MANUAL dan AIRBRUSH MAKEUP (teknik sembur) pembelajaran sudah semestinya dari Akademi yang bertauliah iaitu AKADEMI KECANTIKAN ARTISTIK DIYANA yang memberikan pengiktirafan SKM iaitu SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA untuk MAKEUP ARTIS.

Sudah semestinya setiap pelanggan mahukan solekan yang TAHAN LAMA, TIDAK BERKERAK, TIDAK PECAH, TIDAK LAMA WAKTU DISOLEKKAN (max 1 jam sahaja untuk jurusolek makeup pelanggan), TIDAK CAIR, TIDAK LUNTUR, TIDAK OVER, TIDAK BERUBAH DARI MUKA ASAL.


Tips untuk jurusolek kepada para pelanggan:-

Saya akan memberikan beberapa harga  promosi untuk mereka pilih.
Saya bahagikan kepada 2 iaitu MAKEUP MANUAL standart & AIRBRUSH MAKEUP 2x ganda dari harga makeup manual.
*Jika ambil 2x makeup mana-mana lebih jimat.

Malah saya akan membantu setiap pelanggan dengan sehabis baik setelah bayaran deposit 50% diberikan termasuklah RUNDINGAN SOLEKAN PERCUMA yang bersesuaian mengikut jenis mata, warna pakaian, kanta lekap dan tema pakaian.

Monday, January 13, 2014

BENGKEL KECANTIKAN & PENAMPILAN 2014 BERSAMA DYA ROMANTIKA



Jom kita ubah diri lebih berkeyakinan & segar untuk tahun 2014 ini..!!!




Kami pakar dalam membatu wanita biasa menjadi istimewa penampilannya.
Jika anda rasa anda perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari segi penampilan, solekan wajah, berwajah baru dengan kulit yang lebih sihat temui kami untuk bengkel akan datang hanya sebulan sekali & tempat sangat terhad.

SKIN CONSULTATION
COLOUR
DAY MAKEUP
MIX & MATCH
HIJAB
HAIR DO

*Teori & Praktikal
*Nota, bahan & barang makeup disediakan.

Sila daftar sekarang!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EARLY BIRD: RM180
*15 peserta terawal sahaja.
(NORMAL PRICE RM360)

Tarikh (sila pilih): 1 Febuari 2014, 2 Febuari 2014, 1 Mac 2014, 2 Mac 2014
Masa: 10am-4pm
Tempat: Shah Alam

Cara Pembayaran ke akaun:

CIMB Dya Romantika (1248-0002018-109)
MBB Nurhidayah Ash'ari (162450159369)

Bukti Pembayaran:
(Nama penuh, No phone, Tarikh bengkel pilihan anda, Nama bank, Tarikh & Masa transaksi)
dyaromantikaresources@gmail.com

@

Terus Whatsap/ We Chat:
013 6030 370

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dya Romantika Beauty memberikan yang terbaik kepada para peserta untuk menguasai ilmu mengenai kecantikan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada semua wanita di luar sana agar tampak lebih yakin & bergaya dengan gaya muslimah moden terkini.

Hanya menerima 10-15 orang peserta untuk setiap sesi.

Para peserta digalakkan berinteraksi, bertanya soalan, berkongsi masalah kecantikan kepada tenaga pengajar.
Bengkel ini akan dilaksanakan secara teori & praktikal. 

Bengkel kami bersama BADAN KOPERAT sebelum ini KLIK SINI
Bengkel penampilan, kecantikan secara santai sebelum ini KLIK SINI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ADVANCE & BRIDAL MAKEUP PROMOTION


FREE GIFT SPECIAL FOR STUDENT..











Wednesday, November 13, 2013

5 tips kecantikan & kesihatan yang perlu anda ketahui!!..




Makeup by Dya Romantika

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:


1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Rahsia kecantikan wanita di dunia..





Apabila bercakap tentang rutin kecantikan, memang semua wanita mempunyai petua masing – masing. Pada anda yang suka menjelajah dunia, jangan lepaskan peluang anda mempelajari rahsia-rahsia kecantikan dari negara orang.

Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar?

Chile
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

Tuesday, November 12, 2013

FREE MAKEOVER AIRBRUSH MAKEUP:-Pemenang Contest LIKE & SHARE Dya Romantika Beauty



TQVM kepada semua pemenang yang terpilih dari 30 penyertaan yang hangat!
Hadiah makeover airbrush makeup natural touch by Dya Romantika.

Untuk semua followers kami:

Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty

Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com
















Airbrush Makeup for Bridal Available in malaysia



Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty
Mira Langkap Perak









Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com



Airbrush Makeup for bridal 2014 open now for booking!!


Airbrush Makeup PROMOTION!!!
Get 50% less & more info please visit FB Page: Dya Romantika Beauty









Booking date for any event:
dyaromantikaresources@gmail.com