Followers

Monday, October 17, 2011

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU



Cancellation of Notification of Cosmetic Products

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Tahun 2011

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMerkuri

Tahun 2010

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin

Tahun 2009

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini dikemaskini pada Julai 2011






Wednesday, September 14, 2011

MARY KAY: A Company that you can believe in...a product you can trust



MARY KAY


One of the largest cosmetics companies in the world and has achieved a leading-brand status..
a Company that you can believe in...a product you can trust.


Jaminan produk Mary Kay ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk Mary Kay. Ia dicipta sebegitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli ini adalah yang terbaik di pasaran.

Mary Kay Inc. membelanjakan jutaan dollar untuk menjalankan lebih drpd 300,000 ujian bagi memastikan setiap produk Mary Kay memenuhi piawaian tertinggi dr segi keselamatan, kualiti dan prestasi.

Semua ujian, pengujian semula dijalankan dan diseliakan oleh ahli-ahli Mary Kay Research & Development Laboratories, termasuk ahli-ahli sains berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yg lain dlm bidang toxicology, pharmacology, microbiology, chemistry dan biochemistry.

Mary Kay Inc. bersandar pd bukti penyelidikan saintifik yg menggunakan teknologi paling maju yg boleh didapati, dan Syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian telah membuktikan selamat dan berkesan digunakan.

Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay di bawah penyeliaan dan penilaian oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yg sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara intensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yg akan digunakan dibahagian mata.

Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus government safety requirements.

Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan tidak akan melakukannya pada masa akan datang.


JAMINAN KEPUASAN

Jika atas sebarang alasan anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, ditukar ganti atau harga belian akan dikembalikan sepenuhnya. Barang belian itu harus dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay (BC) yang sah atau kepada pihak Syarikat berserta bukti pembelian.

PERBEZAAN produk MARY KAY & Produk LUAR..



-MARY KAY-

-24H available,

-bahan semulajadi 100%,

-Halal,

-Tiada bahan kimia,

-Expired date 2 tahun but still boleh guna selepas 2 tahun lagi total 4 tahun,

-Produk tahan lama CLEANSER & FRESHENER 4-5 bulan, moisturizer 5-7 bulan, MASK 7-1 tahun-lihat pada kekerapan menggunakan produk.

- Beauty Consultant yg bertauliah & diiktiraf.

-Mendapat tunjuk ajar langkah demi langkah.

-FREE kelas penjagaan wajah.

-FREE menggunakan produk di dalam kelas.

-Warranty-money back warranty 30 hari.

-BOLEH BAWA BALIK BEAUTY CONSULTANT TERUSS KE RUMAH TANPA RAGU-RAGU.[boleh cek id & call MK office utk pengesahan]




-Produk luar-


-kedai biasa tutup selepas waktu operasi,

-xpasti dengan kandungan produk yang terkandung,

-di buat di dalam 1 kilang yg sama tetapi cuma tukar nama,

-expired 2-3 bulan paling lama bergantung pada produk, cepat habis & perlu dibeli berkali-kali.

-Datang, beli & balik tanpa info yang lengkap.

-Tiada tunjuk ajar & praktik dari Beauty Consultant.

-Tiada Beauty Consultant hanya promoter-lihat pada syarikat

-Tidak boleh pulangkan produk @ duit.

-Nak kena lempang dgn beauty consultnt pandai-pandai bawa ke rumah siapa nak jaga kedai dia nanti haaa..

[just joking!] ;)


**mendapat lebih banyak info tentang produk, syarikat, tips kecantikan, teknik merawat wajah & banyak lagi secara PERCUMA.

**Beauty Consultant yang lebih dekat dengan anda boleh borak-borak + gosip jugak :)

**sure guna produk saya la 2 dari mandian, skin care, body care, foot care, hand care..



Pilihlah saya sebagai Beauty Consultant anda sekarang!!!!

Dya Romantika

-PM INBOX, BB PIN @ PHONE NO ok-




Serum-C & Testimoni










TimeWise Replenishing Serum+C adalah satu produk yg menakjubkan. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang meningkatkan penghasilan kolagen baru dan membantu memastikan kolagen sedia ada tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang memberikan keanjalan atau "spring" kepada kulit. Kulit akan kelihatan terangkat dan ditegangkan, kulit juga tampak cepat pulih. Kontur keremajaan lebih ketara. Kesan keseluruhannya? Mengangkat utk mencantikkan.

Ianya telah dirumus dan diuji pada kulit orang Asia, TimeWise Replenishing Serum+C telah menunjukkan keberkesanannya dalam kajian pengguna dan kajian klinikal.

Satu kajian pengguna yang mendalam menunjukkan faedah yang disaksikan oleh wanita setelah menggunakan TimeWise Replenishing Seum+C. Hasil menceritakan segala-galanya:

89% - mengatakan kulit mereka kelihatan terangkat (lifted) dan lebih mudah pulih.
86% - mengatakan kulit mereka kelihatan lebih sihat.
79% - mengatakan kulit mereka kelihatan lebih muda.
90% - mengatakan tekstur kulit mereka kelihatan lebih elok.

** Hasil yg dilaporkan selepas satu kajian pengguna selama 2 minggu.


Bagaimana ia bertindak?
TimeWise Replenishing Serum+C mengandungi ramuan yg dikenal pasti dapat membantu memperkuat kolagen dan elastin sedia ada. Kompleks antioksidan yg kuat ini mengandungi ekstrak buah delima yg telah lama digunakan utk melawan stress.

__________________

Apa tunggu lagi??





Surat Untuk Eyma~





Temanku pernah berkata. Selagi kita yakin dengan kebolehan diri kita cuba walau sekali untuk berjaya. Betul apa yang beliau pesan dan aku amat berterima kasih padanya kerana tidak jemu-jemu memberikan aku dorongan & nasihat yang berguna.

-Bukan Emma yang kata tapi..... biar Emma teka siapa dia.'Emma kau mesti tau sangat sebab dia orang yang selalu mengambil berat tentang aku..Kau akan kata yang baik-"sudahlah dya...." @ kau kata pada aku "kau gila dya ishk-ishk!"

Selama aku belajar di sana aku banyak mengenali erti kehidupan yang sebenar. Pelbagai ragam manusia dan sandiwara aku lihat. Emma teman baikku satu kelas, satu bilik sekarang. Dia yang aku kenal adalah teman semasa susah dan senang. Aku ingat lagi bila setiap Rabu aku dan dia akan memasak untuk makan malam. Emma kata ok la Dya kau masak aku tolong.. Dan setiap Rabu jugalah duit rumah kami akan habis kerana setiap Rabu kami akan berbelanja besar untuk makan besar. Kak Ira ketua rumah paling sakit bila Rabu. Tidak ketinggalan aku sebagai Ketua Kerohanian akan mengajak teman-teman di rumah untuk berjemaah dan membuat bacaan yassin setiap hari Khamis malam Jumaat. Ada lebih kurang 12 orang penghuni rumah kami,, Emma, B dan Kak Cik paling rajin berjemaah bersama. Indah rasanya bersama mereka. Kenangan tidak dilupakan bila tuan rumah bujang lagi masa itu kami panggil Abang Long sealu mengajak kami ke karoke setiap hujung minggu.

Disebabkan aku satu kepala dengan Emma gila-gila dan kaki karaoke. Kondo di Cheras juga disediakan sauna, kolam renang dan gym untuk kami dan sudah semestinya penghuni di situ aku paling gemar merehatkan diri di sauna bersama semua penghuni rumah Emma lagi, B kadang-kadang, Kak Cik, Kak Ira dan lupa.Selepas 6 bulan aku melanjutkan pelajaranku di CIDB. Kami terpaksa berpisah untuk memilih haluan masing-masing. Sedih, pilu, gembira bercampur-gaul perasaan aku pada masa itu tidak pada Emma sebab aku satu kampung dengan dia.

Tipu tak rindu sekarang Emma busy dengan kerjaya beliau yang satu itu. Emma teruskan usaha kau di dalam bidang ini ok! aku tak sanggup berpanas habis hitam legam kaukan 'Rock & Roll'! tapi......bak kata engkau Muka je ganas tapi melatahkan dya. Aku tak cakap tapi kau yang bagitau.. Walau dalam test group aku yang kena draw plan untuk landscape kau tolong colour-colourkan plan dengan Akif yang tak berapa nak guna tu tak silap aku ke syikin,, tapi kau tetap berharga bagi aku sebab kaki kau Emma teringat-ingat lagi. Kalau aku pengsan kau bagi kaki kau ok aku sayang kau!


**Eyma kalau kau hidup lagi kau call la aku kalau tak ada kredit kau miscall pun aku tak kisah.
Bila nak karaoke lagi nyah???


Novel Cinta Dya Romantika~



Rumah tangga bahagia ibarat syurga dunia.

Kemudilah hingga ditemui ketenangan di dalamnya.

Percayalah

hanya cinta mengenal erti bahagia

hanya ujian membenih kesetiaan

baiti jannati dambaan hati

pasrah dan redha hanya kepada-NYA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mentari memancar cahaya dan burung-burung berkicauan riang. Terasa tenang dan damai suasana. Sesekali angin bertiup lembut. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di syarikat swasta kepunyaan kawan ayah. Aku berdebar kerana aku tidak pasti adakah aku dapat jalankan tugas aku nanti dengan sebaiknya.. Oh biarkan semuanya berlegar-legar difikiran sekarang.

Suatu hari aku berserah kepada rezeki kerana sudah tiga kali aku cuba untuk bertemu dengan seorang lelaki ini.

Dalam hati berkata siapa gerangan lelaki ini sibuk setiap kali untuk bertemu. Cuma perlu luangkan masa 20 minit,, tiada dipejabat katanya. Alhamdulillah syukur rezeki aku mengena dapat juga berjumpa dengan lelaki ini. Dia berjanji untuk menunggu aku semasa waktu makan atas urusan kerja.

Pertama kali aku melihat lelaki ini seolah-olah aku sudah lama mengenalinya. Entah mengapa pandangan matanya sungguh sejuk dipandang walau dari jauh disudut hati aku tidak pernah mengenalinya sebelum ini.

Selama aku berjumpa dengan semua pelanggan yang kebanyakannya adalah lelaki aku tidak pernah rasa kekok untuk berurusan tetapi kenapa kali ini agak mengigil mungkin aku kurang sihat,, tidak pula. Tiba-tiba aku malu untuk memandang anak mata lelaki itu. Mujur Encik Ikhwan 'selamatkan' aku..

"Oh,, dia kedip mata dengan aku. Sakit mata agaknya pintas aku daam hati..."

Selepas selasai segala urusan aku & Encik Ikhwan bergegas ke tempat lain untuk temujanji yang seterusnya. Oh dya mamat tadi 'syok' dengan engkaulah,, aku tengok dia pandang semacam sampai tak berkedip ok. Ahh Encik Ikhwan saja kenakan sayakan.. Encik Ikhwan tergelak bersama aku walau dia tahu aku sudah berpunya. Mana saya nak campak boyfriend saya tu En. Ikhwan?? Hmm apa susah pasang spare lah! Terus aku tergelak bersama En. Ikhsan..

Pada suatu hari,, selepas waktu kerja aku telah menerima surat tawaran untuk kursus pembinaan lanskap. Pada mulanya ibu dan ayah tidak membenarkan aku mengikuti kursus itu kerana mereka mahu aku terus bekerja membantu keluarga. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini aku mesti membuat keputasan terbaik untuk diriku ini. Sebelum ini ada tawaran untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis dan seni reka di uitm shah alam. Oleh kerana aku tidak mahu keluarga menanggung beban aku tidak mencuba pun untuk pergi melanjutkan pelajaran.

Entah mengapa aku rasa seperti hidupku kini lebih berharga kerana dapat merasa melanjutkan pelajaran walau dalam bidang pembinaan yang kebanyakan hanyalah lelaki sahaja. Aku gembira kerana pilihan aku ini adalah yang terbaik. Tetapi lain pula pendapat bu dan ayah aku.............


~Bersambung~